INFO MENARIK!!

Cara-cara nak buat inai homemade warna warni

Assalamualaikum .
Haa, sekarang ni tengah popularkan Inai Homemade warna warni. Entry hari ni nak cerita pasal tulah. Cara-cara nak buat inai. Simple je cara buat dia. 

Bahan-bahan :
-Sabun mandi / Sabun cuci pinggan (Yang buku, bukan cecair)
-Kapur sireh / Kapur makan
-Dan pewarna makanan. Warna ikut suka hati korang lah yee( Yang paling senang sekali mestilah sirap yang ada dekat rumah korang tu)

Cara-cara
-Sediakan bekas kecil untuk bancuh inai dalam tu. Bekas kecil pun dah cukup :)
-Hiris sabun mandi tu halus halus (Kalau guna sabun mandi.Ingat yang BUKU)
-Kalau korang pakai pencuci pinggan yang axion tu pun senang jugak ambik dalam 4 sudu)
-Pastu korang ambik kapur sireh tu dalam 1 sudu
-Akhir sekali korang letaklah pewarna makanan. Lebih banyak lagi cantik warna dia. (y)
-Korang letak dalam bekas tadi tu, pastu kacau sampai sebati
-Bila dah agak agak sebati tu,ambik cotton bud korang calit/sapu inai tadi tu kat kuku korang
-make sure jangan kena kulit kk ?Kena kulit akan rasa pedih pedih sikit nanti. Inai ni boleh dekat kuku je.
-Tunggu dalam 15-20 minit (senang citer sampai keringlah)
-Korang dah boleh basuh dah inai tu

Result dia amat memuaskan jugaklah. Tahan sampai kuku panjang . Nak buat dia pun senang je . Kalau beli dekat instagram tu 20-30 ringgit. Bekas dia kecikk je.




Jumpa lagi. Bubye :)


KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

Tasik Berwarna ‘Pink’ yang Menakjubkan

Tasik Hillier adalah sebuah tasik yang berwarna merah jambu terletak di Middle Island , iaitu pulau yang terbesar di antara pulau-pulau yang membentuk Kepulauan Recherche, Australia Barat. Dari panda...

Tahukah Anda Mengapa Doktor Bedah Memakai Baju Berwarna Hijau?

Selalu dalam bilik bedah kita selalu tengok doktor memakai baju hijau semasa bertugas. Kenapa? Memetik perkongsian di sebuah blog, ini jawapannya… ikuti artikel sepenuhnya di bawah: Pada mula...

Sebab Mengapa Islam Melarang Lelaki Memakai Emas

Dalam Islam, kaum lelaki diharamkan memakai apa sahaja barangan yang berunsurkan emas termasuk gigi emas. Larangan ini jelas dalam sebuah hadis sahih dari Abu Musa r.a. bahawa Nabi Muhammad SA...

Post a Comment

Tips Menarik

Artikel Panas

item