INFO MENARIK!!

Ditikam Sewaktu Menunggu Azan Maghrib


Kota Kinabalu: Hajat seorang lelaki warga asing untuk menghirup segelas Milo terbantut apabila ditikam dengan gunting oleh individu tidak dikenali dalam kejadian di sebuah restoran di Api-Api Centre, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.50 petang, mangsa yang tidak dikenali berusia 50-an, cedera di belakang badan sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk mendapatkan rawatan.
Difahamkan, mangsa yang minum seorang diri dengan berpakaian jubah dan berserban dikatakan baru memesan minuman panas di restoran berkenaan sementara menunggu azan Maghrib.

Ketika menunggu pesanan air tiba, salah seorang pelayan terdengar bunyi kerusi jatuh sebelum meninjau ke arah ruang makan.

Pelayan terbabit terkejut melihat mangsa terduduk di atas lantai dalam keadaan belakang jubahnya berlumuran darah.

Pada masa sama, individu yang menikam mangsa dipercayai sudah melarikan diri.



KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

Gadis Histeria Di Tengah Jalan Raya Hanya Kerana Telefon

Dua orang polis terpaksa membuat kawalan jalan raya untuk memujuk seorang gadis berusia 20 tahun yang mengamuk di tengah jalan raya. Gadis yang berasal dari Hubei, China itu rupaanya marah pada a...

Murid Tahun 4 Terbenam Gunting Di Muka

Kota Samarahan: Murid lelaki cedera tertusuk gunting di muka dalam kejadian di kantin sekolah di sini, pagi tadi.Dalam kejadian 10 pagi itu, muka Faiz Kamirin, 10, tertusuk gunting yang dimain rak...

AKHIRNYA ! Bangkai Sayap Dijumpai Dipercayai Milih MH370 !

Reunion Island - Serpihan pesawat yang tidak dikenali dijumpai terdampar di Pulau Reunion, Timur Madagascar, menimbulkan spekulasi serpihan itu dari pesawat MAS MH370 yang hilang lebih setahun ya...

Post a Comment

Tips Menarik

Artikel Panas

item