Gali Tanah Jumpa Tengkorak Manusia
https://selamanyaviral.blogspot.com/2014/10/gali-tanah-jumpa-tengkorak-manusia.html
Keadaan tengkorak yang semakin mereput
Kuala Lumpur: Polis menyiasat kemungkinan berlaku pembunuhan susulan penemuan serpihan tengkorak dan tulang manusia tertanam di kawasan tapak pembinaan gimnasium dan makmal di Jalan Temerloh, Titiwangsa di sini.
Tengkorak itu ditemui pekerja di kawasan terbabit kira-kira jam 12 tengah hari semalam ketika mereka menjalankan kerja menggali tanah sedalam 1.2 meter.
Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Deputi Superintendan A Asmadi Abdul Aziz berkata, serpihan tulang dan tengkorak yang ditemui itu kemudian dikumpul sebelum pekerja itu memaklumkan penemuan berkenaan kepada pihak polis.
“Hasil pemeriksaan forensik mendapati usia tengkorak itu dipercayai sekitar lima tahun dan ia sudah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
“Maklumat diperoleh dari pekerja di tapak pembinaan itu memberitahu bahawa kawasan itu pernah menjadi tapak rumah kongsi pekerja asing,” katanya.
Asmadi berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan bedah siasatan akan dijalankan hari ini untuk mengenal pasti jantina, identiti dan pengumpulan DNA.
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA