Kita Boleh Jumpa Benda Kecil Seperti Sperma, Tapi Kita Tidak Boleh Cari Sebuah Kapal Terbang - Hannah Yeoh
https://selamanyaviral.blogspot.com/2014/10/kita-boleh-jumpa-benda-kecil-seperti_29.html
SUBANG JAYA 28 Okt - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Hannah Yeoh menyerang Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang didakwa merancang Kes Liwat 2 apabila mendakwa pimpinan parti itu menjumpai kesan air mani Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mohd Saiful Bukhari Azlan, sedangkan kapal terbang MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) yang hilang tidak mampu dicari.
Hannah Yeoh berkata, beliau tidak dapat mempercayai apabila kes liwat yang melibatkan Ketua Umum PKR itu dihadapkan di Mahkamah dan menggunakan cara yang sama bagi menjatuhkan Anwar dengan mempenjarakan beliau.
"Perkara ini sukar dipercayai di Malaysia malah juga kawan-kawan kita di luar negara termasuk pada media antarabangsa di mana dalam negara ini, kita mampu menemui sperma yang kecil akan tetapi kita tidak boleh cari sebuah pesawat besar.
"Apabila kes yang melibatkan Saiful dan Anwar berlangsung, saya tidak boleh percaya dengan mata dan telinga di mana mereka menggunakan cara yang sama terhadap Anwar.
"Cuba anda semua bayangkan bahawa semua menteri, badan kehakiman dan semua pihak terlibat sama bagi menyelesaikan kes yang dihadapi oleh ketua umum.
"Untuk pengetahuan anda semua usaha dan tenaga yang sama yang dilakukan oleh kerajaan didalam kes Datuk Seri Anwar.
"Oleh itu kita semua perlu pantau Barisan Nasional (BN) dan kerajaan bagi memastikan mereka lakukan tugas sebaiknya selaku kerajaan persekutuan," katanya ketika berucap di Padang Stadium Mini 3K di sini, malam tadi.
Program yang disertai 500 penyokong pembangkang itu turut dihadiri beberapa pimpinan Pakatan Rakyat (PR) termasuk Menteri Besar Selangor, Azmin Ali, ADUN Sri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar dan Ahli Parlimen Stampin Julian Tan Kok Ping.
Beliau menjelaskan, terlalu banyak kesalahan dan tuduhan yang dilemparkan oleh kerajaan UMNO/BN terhadap Anwar dan ianya telah dapat dibuktikan hasil kaji selidik yang dilakukan oleh para pelajar di bawah bimbingannya.
"Saya minta pelajar saya membuat satu kajian kerana kerajaan BN suka menyalahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim segalanya yang berlaku di Malaysia.
"Jadi minta mereka buat kajian bagi mendapatkan berapa banyak kes yang mereka menyalahkan Anwar.
"Dalam hasil kajian singkat mereka dapat hasilnya seperti 'Selangor Residence Agree Anwar Is Responsible Of Political Crisis', 'Mahathir Blame Anwar On Going Crisis in Selangor', 'Anwar Is The Man Behind On Menteri Besar Crisis' di mana MCA mengatakan hantar guru bangsa Cina ke sekolah jenis Cina juga salah Anwar. Malah televisyen juga mengatakan bahawa pencerobohan di Lahad Datu juga salah Anwar dan banyak lagi yang mereka mengaitkan dengan beliau," katanya.
Beliau menambah, tiada keadilan yang diberikan di dalam kes liwat Anwar kerana segala keputusan yang dilakukan pada hari sama berlangsungnya perbicaraan bagi menghalang beliau menjadi calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang yang lalu.
"Keadilan tidak hanya disampaikan, keadilan seharusnya juga dirasai dan dilihatkan.
"Kita berkumpul pada hari ini kerana orang ramai tidak dapat melihat keadilan didalam kes Anwar. Kes beliau terus dibicarakan dan dilakukan keputusan pada hari yang sama. Keputusan mahkamah tersebut hanya untuk mencegah beliau daripada bertanding sebagai calon PRK DUN Kajang yang lalu," katanya lagi. - Rakyat New
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA