KEJADIAN DAN PERISTIWA MISTERI DI AIR TERJUN SEKAYU SEBELUM MENGORBANKAN AHMAD RAFIKIN
https://selamanyaviral.blogspot.com/2014/11/kejadian-dan-peristiwa-misteri-di-air_7.html
Air Terjun Sekayu yang terletak di Kuala Berang, Terengganu
sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi, tempat ini sangat terkenal untuk
berkelah, jungle tracking, aktiviti perkhemahan dan bermacam-macam lagi.
Tapi awas, di sebaliknya ada cerita lain yang jarang orang
ambil peduli iaitu bahaya dan misteri disebalik Hutan lipur Sekayu.
Gambar di atas ialah air terjun utama dan terbesar di
kawasan rekreasi air terjun Sekayu ini. Untuk sampai disini anda mesti mendaki
berpuluh-puluh anak tangga.
Air terjun Sekayu juga merupakan kawasan yang amat bagus
untuk merakam gambar flora dan fauna. Ada taman Orkid yang mempunyai
beratus-ratus spesis bunga Orkid. Ada taman herba yang mempunyai beratus-ratus
tanaman herba siap dengan nama saintifiknya sekali.
Sejak hutan lipur sekayu dibuka kapada umum pada pertengahan
tahun 70an banyak sangat kematian yang dicatatkan, sama ada mati lemas atau
mati lemas kerana akibat fenomena kepala air.
Pernah suatu ketika, kawan saya telah lemas ketika terjun di
puncak teratas air terjun ini. Memakan masa sehingga berhari-hari juga barulah
mayatnya dijumpai.
Mayat kawan saya dijumpai dengan keadaan kepalanya tersepit
dicelah batu dengan kedudukan kepala kebawah dan kakinya ke atas.
Sukar mahu percaya kerana mungkin kita tak pernah
menjumpainya tetapi kalau kita belum pernah menjumpainya adakah pendapat kita makhluk
ni tidak wujud?
“Aku sendiri sudah beberapa kali mengunjungi kawasan
perkelahan hutan lipur sekayu pada masa tiada pengunjung langsung,Masa2 yang
tiada pengunjung biasanya pada bulan disember atau pun pada musim
tengkujuh.Tujuan aku kesitu hanya lah untuk menghayati hutan lipur sekayu
ketika tiada langsung pengunjung dan maksud aku yang tersirat ialah mungkin
terjumpa dengan makhluk2 itu,” kata Azram Sulong.
Di air terjun inilah yang biasa terjadi para pengunjung mati
lemas padahal air terjun ini hanya mempunyai kedalaman kira-kira 1 meter sahaja.
Tahukah anda, ramai orang yang telah menceritakan tentang
penemuan makhluk misteri dan menyeramkan dihutan lipur sekayu dalam pelbagai
versi.
Antaranya, ada yang berbentuk bebola api yang datang
menerangi kawasan perkelahan dan ada yang menjumpainya dalam bentuk perempuan
yang rambut terhurai dan duduk diatas batu sambil menyikat-nyikat rambutnya
tapi bila dipanggil atau ditegur biasanya makhluk itu akan berpaling dan
menunjukan wajahnya yang tiada wajah.
Semasa saya remaja dulu inilah cerita yang selalu
diceritakan oleh orang-orang tua bila setiap kali saya dan keluarga pergi
berkelah di sana.
Sangat menyeramkan apabila dibayangkan situasi yang seperti
itu. Pada kebiasaannya kemunculan makhluk ini pada waktu petang dan selepas
hujan renyai-renyai.
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA