INFO MENARIK!!

NAJIB DISERANG MAHATHIR LAGI, BR1M UMPAMA RASUAH


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pendapatan per kapita tidak akan menjadikan Malaysia negara membangun, malah ia lebih mengelirukan apabila pendapatan dinaikkan hanya bergantung kepada pemberian wang tunai.

November, 2014.Bekas perdana menteri yang paling lama memerintah Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengkritik pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, menyifatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai rasuah. 

Bagi Dr Mahathir, tindakan Putrajaya memberi BR1M sebagai salah satu cara meningkatkan pendapatan untuk mencapai status negara maju pada 2020 adalah sangat mengelirukan. 

 Menulis dalam blognya, bekas perdana menteri itu perkata pendapatan per kapita tidak patut dijadikan perkiraan sebagai kejayaan Malaysia mencapai status negara maju. "Pendapatan per kapita tidak akan menjadikan Malaysia negara membangun, malah ia lebih mengelirukan apabila pendapatan dinaikkan hanya bergantung kepada pemberian wang tunai," katanya melalui blog chedet.cc hari ini. 

Beliau berkata sosialis dan komunis cuba memperbaiki pendapatan masyarakat dengan memberi wang tunai dan kemudahan fasiliti. Tetapi katanya, sosialis dan komunis juga akhirnya gagal dengan kaedah tersebut dan rakyat terpaksa mengambil jalan keluar melalui perusahaan bebas dan bekerja keras. 

"Kita mesti meraih pendapatan dengan meningkatkan produktiviti, bukan dengan pemberian wang tunai dari kerajaan." Beliau juga berkata tidak adil bagi rakyat menuduhnya tidak memahami tujuan pemberian BR1M. 


Ini bukan pertama kali Dr Mahathir mengkritik polisi pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Bagaimanapun Najib mempertahankan pemberian BR1M dengan menyatakan ia merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat akibat daripada pemotongan subsidi dan juga bertujuan sebagai bantuan kepada rakyat. 

Dr Mahathir berkata beliau menentang pemberian wang tunai sebagai kaedah meningkatkan pendapatan sejak dari awal pelaksanaannya. "Kalau ya pun, bantuan kewangan perlu diberikan kepada yang benar-benar susah dan tidak mampu bekerja bagi meraih pendapatan. "Bantahan utama saya ialah kerana pemberian wang pada skala begitu sangat kelihatan seperti rasuah," katanya.

Tambahan pula, katanya, apabila BR1M diberikan ketika hampir dengan pilihan raya atau disenaraikan dalam manifesto pilihan raya, ia mewujudkan persepsi bantuan itu bertujuan mendapatkan undi. "Sekiranya pendapatan perlu ditingkatkan, ia sepatutnya dengan cara mewujudkan peluang pekerjaan atau perniagaan. "Tetapi BR1M mempunyai lebih banyak implikasi negatif daripada itu. Ia meningkatkan kecenderungan bergantung kepada kerajaan, termasuk bagi meningkatkan pendapatan sendiri, tanpa berusaha sendiri. "Ia melemahkan karakter rakyat dan mengurangkan daya saing mereka dalam pasaran," katanya. 


Pendapatan tinggi perlu datang dari peningkatan produktiviti yang hanya boleh terhasil melalui pendidikan yang lebih baik dan latihan, kata Dr Mahathir. "Kemampuan meningkatkan produktiviti datang dari nilai tambah yang lebih besar bagi sesuatu produk," katanya. 

Beliau berkata, dengan kewujudan lebih banyak industri dengan nilai tambah yang tinggi, pendapatan pekerja akan meningkat berikutan sumbangan besar mereka kepada majikan. Sambil menyatakan yang hasil kerajaan datangnya daripada cukai, Dr Mahathir berpendapat rakyat tidak akan suka melihat cukai yang mereka bayar digunakan sebagai alat pilihan raya.

Artikel Berkaitan

isu semasa 6404071252887791598

Post a Comment

Tips Menarik

Artikel Panas

item