INFO MENARIK!!

VIDEO BUNG MOKTAR MENYATAKAN ASTRO MENIPU KERAJAAN DAN RAKYAT


Ini bukannya isu baharu kerana ia sering dilaporkan media sejak dahulu. 

Ramai pengguna mempertikaikan perkhidmatan disajikan stesen televisyen berbayar Astro kerana setiap slot diselitkan dengan iklan walaupun semua tahu, sebagai stesen berbayar, 

Astro tidak patut berbuat demikian. Isu tersebut mendapat perhatian Ahli Parlimen Kinabatangan yang juga suami kepada aktres popular Zizie Ezette, Datuk Bung Mukhtar Radin. 

Melalui satu rakaman pada sesi di Dewan Rakyat semalam, beliau mengutarakan pendapat bahawa syarikat tersebut seharusnya ditutup kerana telah menipu rakyat dan kerajaan berulang kali.



Sehubungan itu beliau menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap stesen televisyen berbayar itu. 

“Berdasarkan perjanjian, Astro tidak boleh menyiarkan iklan sebab ianya TV berbayar. (Ini) kalah TV3 (banyak iklan), kita tak nampak mereka dibawa ke mahkamah,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 Peringkat Jawatankuasa Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Dewan Rakyat. 

Memetik laporan BNBBC, Bung berkata, Astro mengutip iklan berbillion ringgit tetapi rakyat dan kerajaan ditipu dan menggesa, 

“Tutup sahaja Astro ini sebab tidak menguntungkan (rakyat dan kerajaan).” Terdahulu, beliau mengecam tindakan syarikat tersebut menaikkan bayaran RM5 baru-baru ini namun mutu perkhidmatan masih tidak baik selain mengulang siar program sama dan lama.

Walau bagaimanapun, suasana menjadi gamat apabila Timbalan Speaker, Ismail Mohamad Said berseloroh apabila beliau bertanyakan kepada Bung, 

“Kinabatangan, tak bimbang kah ada pelakon drama kena sekat dari Astro? Nanti tak boleh masuk.” Soalan itu yang ditujukan kepada Bung kerana isterinya merupakan dramatis terkenal tanah air menerima reaksi ketawa daripada Bung dan seisi dewan. 

Bung kemudiannya membalas bahawa rezeki berada di mana-mana dan beliau lebih mengutamakan kepentingan rakyat. 

Mungkin apa yang diujar oleh Ahli Parlimen Kinabatangan itu sudah sampai masanya perlu diteliti. Dan satu perkara yang beliau mungkin terlepas pandang ialah kekerapan program yang sama diulang Astro. 

Sangat menyakitkan hati apabila program sama diulang selama berbulan-bulan. 

Kekadang kasihan lihat bebudak duk ulang tengok kartun yang sama berkali-kali. 

Apa pun alasan Astro, pokok pangkal isu ialah program di stesen berbayar beriklan itu kerap sangat diulang tayang. 

Aduan tentang masalah gangguan siaran setiap kali hujan (kadang-kadang belum hujan baru angin kencang sikit je) pun dah naik berbuih diutarakan pengguna. 

Mintak pihak berwajib agar bertindak segera dan jangan buat-buat pekak dengan rintihan rakyat.


KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

Chef Mati Dipatuk Ular Yang Sudah Dipotong Kepala

Guangzhou: Seorang chef mati dipatuk ular tedung 20 minit selepas kepala reptilia berkenaan dipisahkan dari badannya untuk dimasak. Dalam kejadian itu, tukang masak berasal dari Foshan, Peng F...

Netizen Bengang Pembunuh Kanak-Kanak 3 Tahun Hanya Dikenakan Hukuman Penjara

Putrajaya: Mahkamah Persekutuan di sini, hari ini mengekalkan hukuman penjara 18 tahun terhadap pemandu teksi Mohd Fazli Azri Jamil, yang didapati bersalah membunuh kanak-kanak, Syafiah Humaira...

Gaji Bulan Januari Mejar Zaidi Ditarik Balik Selepas Dimasukkan

Bekas juruterbang pesawat pejuang TUDM, Mejar Zaidi Ahmad mendakwa gajinya sebagai seorang tentera untuk bulan Januari 'ditarik balik' oleh pihak tentera selepas didepositkan pada hari sama pada ...

Post a Comment

Tips Menarik

Artikel Panas

item