SELAMATKAH DUIT ANDA? KES-KES DUIT HILANG DALAM AKAUN MAYBANK AKIBAT DIGODAM
https://selamanyaviral.blogspot.com/2014/12/selamatkah-duit-anda-kes-kes-duit.html
Kini menjadi pertanyaan di kalangan rakyat Malaysia apabila baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai isu wang di dalam akaun Maybank hilang digodam dari luar negara. Jumlah yang hilang mencecah ribuan ringgit.
Seorang wanita juga turut menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggungjawab berkenaan.
“Sebahagian duit yang kena curi/hack. Terus licin acc bank. Call Maybank, buat report, kena tunggu 45 hari baru dapat tahu. Sedih, memang sedih. Terduduk tak tahu nak cakap macam mana. Tapi redha jela. Mungkin bukan rezekiku. Duit gaji habis licin. Nasib sempat bayar apa yang patut.”
Ini bukanlah kes pertama pemegang Maybank kehilangan wang dari akaun bank melalui transaksi yang dibuat tanpa pengetahuan mereka.
Seorang pengguna Facebook, Slayman Obn, memuat naik gambar akaun banknya digodam dari luar negara menyebabkan dia kerugian beribu ringgit.
Baca pendedahan di bawah:
"Akaun Maybank kena hack dari luar negara. Hampir licin duit dalam bank. Pelik dapat sms TAC. Saya tak ada request pun. Cepat-cepat call center, block kad. Kena suruh isi borang. Usaha untuk minta refunt tetapi tak jamin.
Sangat was-was dengan keselamatan duit dalam akaun. Redha je la. Rakan-rakan sekalian, berhati-hati dengan kad bank anda.
Tidak sampai 1 jam, orang itu buat 32 transaksi dan 20 transaksi berjaya dan berjumlah RM4,992. Itulah nilai duit yang di'hack dari akaun saya.
Orang luar negara buat pembelian menggunakan kad bank saya. Moral of the story, pastikan anda set had pembelian kad bank anda di tahap yang minimum sekali. Time nak berbelanja guna kad, baru upkan limit. Dah guna, set kepada RM0 semula. Kalau tak buat macam tu, jadi macam saya.
Oleh kerana percaya sangat akan keselamatan duit di bank, saya set RM10,000. Kena tadi tadi RM4,992. Nasib baik cepat bertindak. Dapat sms ada ada transaksi. Terus cepat-cepat call center. Yang sedihnya time drive tadi, sms pertama mula-mula masuk. Time drive mana la nak tengok handphone.
Lambat sikit je dah kena telan, namun alhamdulillah, syukur, tak sampai 10K habis. Redha je la. Tiap-tiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Semua itu dengan izin ALLAH. Jadi pengajaran untuk kita.
Ingat, set had pembelian kad bank anda kepada nilai paling minimum."
Memandangkan isu ini menjadi hangat, orang ramai turut memuat naik gambar bukti bahawa akaun mereka turut digodam.
Kini menjadi persoalan "Adakah akaun kita masih selamat ?"
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA