8 Gambar Spa Siput Untuk Kecantikan Wajah Di Thailand
https://selamanyaviral.blogspot.com/2015/02/8-gambar-spa-siput-untuk-kecantikan.html
Adakah anda seorang yang mementingkan kecantikan dan suka pergi spa untuk memastikan wajah anda sentiasa kelihatan muda seperti masih muda seawal umur 16 tahun? Di Thailand, mungkin kerana spa biasa sudah terlalu banyak, maka wujud spa siput. Nampak menarik jika siput ini berada di atas muka anda. Sanggupkan demi cantik?
Mula diperkenalkan di Japan pada asalnya, dua warga Perancis telah membawa satu kegilaan yang agak pelik sebenarnya untuk rawatan kencantikan wajah – iaitu siput – ke Thailand.
Bermula dengan hanya 100 ekor sahaja, kini jumlah siput yang dibiakkan untuk spa tersebut lebih 30,000 ekor dengan hanya diberi makanan lobak, kobis dan daun juga lidah buaya.
Kos untuk rawatan kecantikan wajah menggunakan siput ini ialah sekitar RM90 untuk enam ekor siput selama 45 minit.
Jika di Jepun, kos yang perlu dibayar untuk perkhidmatan yang sama ialah sekitar RM600.
Menurut pelanggan yang pernah mencuba, mereka menjelaskan bahawa muka akan rasa berangin dan selesa ketika sesi rawatan.
Selain Thailand, rawatan yang sama juga boleh didapati di China dan London.
Walaupun telah beroperasi, dalam masa yang sama, rawatan kecantikan ini masih lagi belum disahihkan keberkesanannya dan juga impak dari segi saintifik.
Mampukah anda bertahan jika siput ini diletakkan di atas muka anda dengan cecair yang melekat di muka, ini merupakan trauma dan boleh dijadikan cabaran untuk Fear Factor versi Malaysia. Adakah anda sanggup?
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA