Jokowi Teruja Tun Dr.Mahathir Mampu Pandu Proton Iriz 150KM/J
https://selamanyaviral.blogspot.com/2015/02/jokowi-teruja-tun-drmahathir-mampu.html
Presiden Indonesia, Jokowi, melahirkan rasa keterujaannya terhadap Pengerusi Eksekutif Proton, Tun Dr. Mahathir Mohamad sewaktu beliau berkunjung ke Proton sempena lawatan rasminya ke Malaysia selama tiga hari.
Dalam kunjungan pertamanya ke Malaysia, Jokowi dibawa melawat sekitar kawasan kilang Proton dan melihat sendiri kehebatan teknologi R&D serta kepakaran syarikat pengeluar kereta nasional Malaysia selain dari menyaksikan majlis menandatangani perjanjian MoU di antara Proton dan PT Adiperkasa Lestari yang bakal membantu Indonesia dalam menghasilkan kereta nasional negara itu.
Menariknya, Jokowi turut merasai pengalaman menaiki kereta Proton Iriz yang dipandu sendiri oleh Tun Dr Mahathir di litar pandu uji Proton.
"Kalau di Indonesia, kelajuan yang paling tinggi saya pandu hanyalah 60km/j tetapi Dr. Mahathir bawa mencecah 150km/j dan usia beliau sudah mencapai 90 tahun!" kata Jokowi kepada beberapa delegasi yang hadir.
Jokowi turut memuji kehebatan Iriz di mana apabila kereta itu mencapai kelajuan mencecah 150km/j, namun pemanduannya sangat lancar dan stabil tanpa sedikit pun gegaran yang terasa dan inilah antara teknologi Proton yang mahu dipelajari oleh Jakarta.
Dalam masa yang sama, Tun Dr. Mahathir menjelaskan setiap model kereta Proton kini dipandu uji oleh beliau sendiri bagi memastikan kualiti jentera kebanggaan Malaysia itu.
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA