INFO MENARIK!!

Kisah Pekerja Kilang Menerima Hadia Kereta Bernilai RM132.357


DETROIT - Seorang pekerja kilang, James Robertson, berjalan kaki lebih dari 32 kilometer setiap hari untuk ke tempat kerjanya hampir 10 tahun yang lalu terkejut apabila dia dihadiahkan sebuah kereta jenama FORD model baru.

Robertson juga menerima sumbangan dari orang ramai lebih AS$310,000 (RM1.1 juta) setelah kisahnya menjadi viral di media sosial.

Difahamkan, Robertson terpaksa berjalan kaki ke tempat kerja kerana tidak mampu membeli kereta baru selepas keretanya rosak semenjak 9 tahun yang lalu. Bertambah teruknya, laluan ke tempat kerjanya tidak mempunyai kemudahan pengangkutan awam.


"Semenjak kereta saya rosak, saya memang tidak mampu membeli yang baru. Oleh sebab itu, saya terpaksa berjalan kaki sejauh 32 kilometer setiap hari demi meraih pendapatan sebanyak AS$10.55 (RM37.70) untuk satu jam di sebuah kilang," katanya.

Meskipun wang sumbangan yang dikumpulkan itu bertujuan untuk membolehkan Roberston membeli sebuah kereta baru, namun pengedar kereta mengambil keputusan untuk menghadiahkan sebuah kereta model terbaru, Ford Taurus bernilai AS$37,000 (RM132,357).



Bagaimanapun, wang sumbangan yang diberikan itu akan dijadikan dana bagi perubatan, penyelenggaraan kereta dan kos petrol Robertson.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

Lelaki Ini Menyesal Kongsi Cerita Bayinya Kerana Bayinya Meninggal Dunia Saat Mahu Dilahirkan

Sekarang ni, dah jadi macam kebiasaan bila semua perkara yang berlaku seharian akan diupdate di laman sosial. Dek kerana itu, kita mungkin tidak sedar bahawa ada individu yang terkilan dengan...

ALFATIHAH !!! Meninggal Dunia di Rumah Bujang Saat Semua Rakan Balik Beraya

“Kemungkinan mayat sudah 3-4 hari meninggal dunia”, itulah kata-kata dari seorang Sarjan Balai Polis Serdang, Selangor yang membuatkan aku sebak. Tragedi ini mengejutkan aku dan semua rakan-ra...

Wanita Ini Sangat Bertuah Dapat Suami Romantik Level Diabetes. #pickuplinespower

Malam semalam kami menerima email mengenai pasangan muda ini. Menurut sumber, suaminya memang sweet level diabetes gitu. Bila diselidik, rupa-rupanya si suami adalah ‘guru’ untuk kelas Forex da...

Post a Comment

Tips Menarik

Artikel Panas

item