INFO MENARIK!!

Liwat 2: Anwar Didapati Bersalah, Kerajaan Pula Beri Respon Pantas


Maka ia terjadi juga…untuk kali kedua. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah dalam kisah “Liwat 2”.

Keputusan itu, yang disampaikan selepas penghujahan selama dua jam oleh hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, akan menyaksikan tokoh veteran itu sekali lagi dipenjara.

Apa sahaja hukumannya, ia hanya membawa satu makna – ini adalah tanda berakhirnya cita-cita Anwar untuk menerajui negara ini.

Di tengah-tengah air mata dan makian yang lahir daripada sabitan ini, yang dikatakan sebagai dakwaan “fitnah bermotif politik” oleh kerajaan pemerintah, Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan untuk “menjelaskan” keadaan.

Berikut adalah kenyatan rasmi kerajaan:

“Hakim-hakim hanya akan mencapai keputusan mereka hanya selepas menimbang semua bukti secara seimbang dan objektif. Malaysia memiliki sistem kehakiman yang bebas, dan sudah ada banyak keputusan yang tidak memihak tokoh kanan kerajaan.

“Laporan polis terhadap Anwar dibuat oleh individu persendirian – pembantu peribadi Anwar – dan bukan oleh kerajaan. Sebagai mangsa serangan seksual yang serius, beliau mempunyai hak agar kesnya didengar di mahkamah.

“Dalam kes ini, proses perbicaraan yang menyeluruh telah dibuat selama beberapa tahun. Proses itu kini sudah pun selesai, dan kami menyeru semua pihak terlibat menghormati proses perundangan dan keputusan ini,” kata kenyataan itu.

Laman berita Malaysiakini mengongsikan kenyataan itu di laman Twitter hanya sejam selepas hakim membacakan keputusan bersalah.

Ini bermakna Jabatan Perdana Menteri telah bertindak dengan amat cekap dalam mengeluarkan kenyataan ini, sejurus selepas keputusan, dan mengedarkannya kepada media.

Kemungkinan besar, ini adalah respon paling pantas oleh kerajaan dalam mana-mana isu setakat ini. Kalaulah mereka secekap ini pada setiap masa.

Atau pun, keputusannya mungkin sudah diketahui lama sebelum itu, dan disampaikan sebaik sahaja sabitan dibuat?

Yang mana satu, saya serahkan kepada pembaca yang bijak pandai untuk membuat kesimpulan.

Namun, ada beberapa perkara dalam kenyataan itu yang boleh dipersoalkan. Misalnya, apabila ia menyatakan “sudah ada banyak keputusan yang tidak memihak tokoh kanan kerajaan”.

Err, berapa ramaikah pegawai kanan kerajaan – sama ada masih berkhidmat atau pun sudah bersara dan memihak kepada pemerintah – yang disumbat ke dalam penjara?

Jika anda tidak boleh namakan walau seorang, anda bukanlah bersendirian.

Dan tindakan Jabatan Perdana Menteri mengulas keputusan perbicaraan ini kononnya untuk membersihkan nama kerajaan sebenarnya membangkitkan lebih banyak persoalan daripada jawapan.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

POLITIK 3247374100598952866

Post a Comment

Tips Menarik

Artikel Panas

item