Najib Pernah Tawarkan Anwar Jawatan Timbalan PM - Nurul Izzah
https://selamanyaviral.blogspot.com/2015/02/najib-pernah-tawarkan-anwar-jawatan.html
Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah ditawarkan kerusi timbalan perdana menteri dalam kerajaan Barisan Nasional selepas pembangkang meraih sokongan 52% undi popular dalam PRU 13, dakwa Nurul Izzah.
Lapor MalaysiaKini, Nurul Izzah mendakwa tawaran itu dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan syarat, ketua umum PKR itu tidak mempedulikan parti-parti yang lain dalam Pakatan Rakyat.
Namun, Anwar menolak tawaran itu kerana Pakatan dibentuk atas dasar prinsip dan tidak boleh dibeli atau dijual.
Dakwaan anak sulung bekas timbalan perdana menteri itu bagaimanapun mendapat kritikan hebat netizen yang menganggap Nurul Izzah sudah terlalu terdesak untuk menyelamatkan maruah bapanya itu.
Anggota Parlimen Lembah Pantai itu membuat dakwaan terbabit dalam ceramahnya di Seberang Jaya, Pulau Pinang, malam tadi yang dihadiri kira-kira 500 orang.
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA