INFO MENARIK!!

Pemandu Lori 3 Tan Maut Setelah Merempuh Lori Dihadapannya


Gombak: Seorang pemandu lori tiga tan maut manakala rakannya yang juga seorang kelindan cedera selepas lori dinaiki mereka hilang kawalan sebelum merempuh sebuah lagi lori di Kilometer 30 Lebuhraya Karak menghala Kuala Lumpur, di sini, 7.30 malam tadi.

Menurut jurucakap trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, mangsa yang berusia 44 tahun maut ditempat kejadian selepas lori yang dipandunya hilang kawalan semasa menuruni jalan berbukit dan merempuh bahagian belakang lori yang membawa muatan batu arang.

"Mangsa mengalami kecederaan teruk diseluruh badan dan mayat dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat manakala pemadu lori batu arang tidak mengalami kecederaan," kata jurucakap itu.

Jurucakap itu berkata, siasatan awal di lokasi kemalangan mendapati semasa kejadian lalu lintas berada dalam keadaan lancar dan permukaan jalan kering.

Katanya, siasatan dilakukan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

KEMALANGAN 2419798040882068511

Post a Comment

Tips Menarik

Artikel Panas

item