Tak Tahan Diboikot, Peniaga Cina Bersuara
https://selamanyaviral.blogspot.com/2015/02/tak-tahan-diboikot-peniaga-cina-bersuara.html
Gambar Hiasan
Setelah puas diboikot dan menerima kritikan negatif dari pengguna, akhirnya peniaga cina bersuara tetapi dalam nada yang berbeza.
Presiden Gabungan Dewan-Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), Datuk Lim Kok Cheong berkata, peniaga cina tidak akan menurunkan harga barang selagi pengusaha industri pengangkutan tidak menurunkan harga perkhidmatan mereka.
Menurutnya, tarif elektrik yang tinggi dan tidak turun walaupun harga minyak turun juga telah menyebabkan para peniaga tidak dapat menurunkan harga barang.
"Kerajaan menyalahkan peniaga atas inflasi yang berlaku, tetapi hakikatnya penawaran adalah melebihi permintaan pada masa ini. Peniaga juga tidak boleh mengambil tindakan sewenang-wenangnya terhadap pasaran," katanya.
Jelasnya, pada separuh penggal pertama tahun 2014, kerajaan telah menaikkan tarif elektrik sebanyak 16%.
Bagaimanapun, kerajaan tidak menurunkan tarif elektrik pada ketika harga gas asli, minyak mentah dan arang menjunam pada separuh penggal kedua 2014 sekali gus membolehkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengaut keuntungan besar.
"Kerajaan perlu menurunkan tarif elektrik dengan segera, dengan ini sahaja dapat menurunkan kos operasi. Sektor pembuatan, perkhidmatan dan makanan juga akan menurunkan harga jualan produk selepas itu," katanya.
Pengusaha pengangkutan pada masa yang sama juga perlu menurunkan bayaran yang dikenakan.
"Dengan ini, harga minyak yang rendah pada masa ini dapat menyumbang kepada penurunan harga barang," katanya.
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA