INFO MENARIK!!

TERKINI: Staff Bernama TV Terpaksa Mengemis Untuk Tuntut Gaji Mereka


Bagai mengemis di bumi sendiri, itulah nasib pekerja-pekerja BERNAMA TV apabila dikatakan ada pekerja sudah 3 bulan tidak dibayar gaji. Kita sendiri pun dapat merasakan betapa peritnya hidup jika gaji tidak dibayar selama beberapa bulan.

Katakan gaji januari sehingga sekarang tidak dapat, ini sudah pasti merumitkan keadaan kerana terpaksa bayar ansuran kereta, rumah, pengasuh, rumah sewa, lampin dan susu anak dan pelbagai perkara lagi yang pasti menyusahkan mereka.

Itulah dilema yang sedang melanda pekerja-pekerja BERNAMA TV yang sudah tidak tahu untuk melakukan apa-apa lagi selain menggunakan media sosial sebagai altenatif terakhir bagi menuntut hak mereka.


Siakapkeli menerima satu pesanan dari seorang kakitangan BERNAMA TV yang nama dirahsiakan menyuarakan perkara ini kerana beliau turut merasa simpati melihat rakan-rakannya yang lain turut menerima nasib sepertinya.

Menurut beliau BERNAMA TV seperti mangsa ditengah-tengah apabila pada mulanya Tan Sri Dr.
Rais Yatim, yang merupakan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sebelum itu telah menyatakan BERNAMA TV akan diambil alih oleh BERNAMA.

"Tetapi selepas jawatan kementerian tersebut diambil alih oleh  Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek beliau pula menegaskan BERNAMA TV adalah entiti lain."


"Staff BERNAMA TV sekarang makin berkurang dari 181 ke 150 orang kerana tidak tahan dengan keadaan ini. Kerana kekurangan staff rancangan 'ruang bicara' yang sentiasa menjemput menteri telah terkesan dan tidak dapat keudara seperti biasa," katanya.

Kejadian ini bukan merupakan kali pertama berlaku kerana sebelum ini kami pernah mendedahkan Seramai 20 kakitangan stesen televisyen Bernama TV terpaksa bercuti kerana sudah lebih sebulan tidak dibayar gaji pada bulan oktober tahun lepas.

Nampaknya perkara ini semakin meruncing apabila kebanyakkan staff tidak tibayar gaji sampai 2 hingga 3 bulan.

Berikut adalah luahan pekerja-pekerja BERNAMA TV di laman sosial.


Sedih Admin membaca luahan mereka kerana dikatakan ramai antara mereka mempunyai komitmen berkeluarga. Bayangkan 3 bulan tidak dibayar gaji macammana hendak hidup di Bandaraya Kuala Lumpur ini dengan taraf hidup yang semakin meningkat.

Apapun dengan pendedahan ini harap pihak bertanggungjawab dapat mengambil tindakan secepatnya bagi membela nasib pekerja-pekerja BERNAMA TV ini. Harap menteri berkaitan bertindak dengan lebih cepat.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

POLITIK 969479361760097921

Post a Comment

Tips Menarik

Artikel Panas

item