INFO MENARIK!!

Video: Madonna Jatuh Tergolek Di Pentas Brit Awards 2015


Malu bukan kepalang bagi Madonna, satu peristiwa yang tidak mungkin dapat dilupakannya akan tercatat dalam pemikirannya dan sejarah kariernya setelah dia terlentang di atas pentas Brit Awards 2015 yang berlangsung di O2 Arena, London, sebentar tadi.

Kejadian itu berlaku setelah kain cape yang dipakainya tidak habis lagi dibuka tetapi penari-penari iringannya sudah menarik kain itu terlebih dahulu.

Namun, dia kelihatan tenang dan kembali menyanyi seperti biasa seakan-akan tiada apa-apa yang berlaku. Maklumlah professional lah katakan. Apa tidaknya, dia sudah 30 tahun pengalaman dalam industri seni.

Menurutnya dalam nada jenaka, rekaan ‘cape ‘ dari Armani itu telah mengenakannya.

“Armani telah kenakan saya! Cape yang cantik itu diikat terlalu ketat! Tetapi apa pun ia tidak dapat menghalang saya dan kasih sayang anda sangat memberikan dorongan buat saya.

“Terima kasih untuk ucapan anda kepada saya, I’m fine! #livingforlove,”. Itulah antara kata-katanya menerusi Instragram miliknya berserta illustrasi busana yang digayakannya ketika insiden tersebut berlaku.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

Ibu Diserang Strok, Johan As'ari Mohon Doa Peminat

PETALING JAYA: Ibu kepada pelakon Johan As'ari iaitu Datin Firdaus Abdul Kader, 58, diserang penyakit strok (angin ahmar) kira-kira pukul 12 tengah hari, Jumaat di kediamannya di Subang Jaya deka...

Sham XPDC Meninggal Dunia, Selamat Dikebumikan

BEKAS pemain dram kumpulan rock tanah air, XPDC menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Kangsar, petang semalam. Ahmad Hishamsul Yahya, 42, atau lebih dikenali sebagai Sham XPDC selamat...

Benarkah Zara Zya Dikatakan Mencintai Kaum Sejenis ?

KUALA LUMPUR: Pernah dikaitkan bercinta dengan rakan gandingan dalam I Love You Mr Arrogant, Azlee Khairi, Zara Zya kini berdepan pula dengan cerita bahawa dia sebenarnya mencintai kaum sejenis. ...

Post a Comment

Tips Menarik

Artikel Panas

item