INFO MENARIK!!

4 Pesanan Menyentuh Hati Seorang Ayah Buat Najwa Mahiaddin


Tahniah diucapkan buat penyanyi yang sentiasa merendah diri, Najwa Mahiaddin di atas pernikahannya dengan Idris Koh Keng Hui semalam.

Apa yang lebih cool, pasangan mempelai dinikahkan sendiri oleh bapa Najwa, Tan Sri Muhyiddin Yassin di hadapan Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya Abdul Manaf Mat dan Khatib Dr Sirajuddin Suhaimee.

Namun, kami sebenarnya tersentuh hati membaca pesanan dan ucapan syukur yang dizahirkan oleh Timbalan Perdana Menteri itu kepada anaknya menerusi status di Facebook.

Kami percaya, tiada pesanan yang lebih mengharukan dan bermakna bagi seorang anak selain doa serta harapan ibu bapanya. Berikut antara kata-kata Muhyiddin:

Najwa, jadilah seorang isteri yang solehah, berilah ketaatan kepada suami, jagalah budi pekerti dan akhlak sebagai seorang isteri serta taatilah Allah sepanjang hidupmu.

Ayah dan Mama telah mendidik dan mengasuh sebaik mungkin untuk menjadikan Najwa anak yang solehah dan berjaya.

Ayah dan Mama mendoakan semoga Allah memberikan ketabahan, ketenangan dan kebahagiaan kepada kamu berdua hingga ke syurga.


Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana baru selesai tadi acara akad anak perempuan saya Najwa dengan...
Posted by Muhyiddin Yassin on Thursday, 26 March 2015

Kami juga turut mendoakan agar Najwa dan suami, Idris Koh sentiasa dilimpahi keberkatan dalam perkahwinan serta dikurniakan anak yang comel-comel belaka. Agak-agaknya Najwa ada lagu istimewa tak untuk Idris? Hehe.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

isu semasa 4613172284749892988

Post a Comment

Tips Menarik

Artikel Panas

item