INFO MENARIK!!

5 Terbunuh Serangan Kelab Malam Di Mali

KELAB malam dimana berlakunya kejadian lima termasuk dua warga Eropah dan seorang anggota polis Mali terbunuh dalam serangan dipercayai dilakukan kumpulan Islam Bamako, di tengah ibu negara Bamako, malam tadi. - Foto EPA

BAMAKO – Lima termasuk dua warga Eropah dan seorang anggota polis Mali terbunuh dalam serangan dipercayai dilakukan kumpulan Islam Bamako di sebuah kelab malam di tengah ibu negara Bamako, malam tadi.

Ia adalah serangan pertama mensasarkan warga Barat di bandar raya berkenaan oleh kumpulan berkenaan sejak 2012.

Sekurang-kurangnya seorang lelaki bersenjata yang bertopeng memasuki kelab malam berkenaan yang popular kepada rakyat asing di Mali kira-kira jam 1 pagi waktu tempatan.

Penyerang kemudian terus meledak tembakan menggunakan senjata api automatik serta melempar bom tangan, demikian menurut beberapa saksi.

Jurucakap kumpulan jihad Al-Murabitoun yang diketuai militan Algeria, Mokhtar Belmokhtar, mengaku bertanggungjawab atas serangan.

Kenyataan kumpulan itu disebarkan menerusi rakaman suara yang disiarkan oleh agensi berita Mauritania , Al-Akbar.

“Kami mengakui bertanggungjawab dalam operasi terbaharu di Bamako yang dianggotai oleh pejuang berani Al-Murabitoun kepada warga Barat yang mencari dan menghina Nabi Muhammad,” demikian rakaman suara yang disiarkan itu. – AFP

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

isu semasa 8552477221752308238

Post a Comment

Tips Menarik

Artikel Panas

item