Azmin Minta Bantuan Datuk Seri Najib
https://selamanyaviral.blogspot.com/2015/03/azmin-minta-bantuan-datuk-seri-najib.html
KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Selangor meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi orang tengah menyelesaikan rundingan perjanjian penstrukturan air Selangor dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA).
Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata beliau telah memaklumkan perkara itu kepada Najib ketika menghadiri mensyuarat Majlis Raja-Raja pagi tadi.
“Saya dah suarakan kebimbangan bagi pihak kerajaan negeri Selangor kepada Perdana Menteri, saya jumpa beliau pagi tadi di Majlis Raja-Raja.
“Saya minta tolong PM untuk memaklumkan kepada kementerian bahawa kita perlu mencari satu penyelesaian segera supaya perkara ini dapat dimuktamadkan.
“Jadi perdana menteri memberi jaminan kepada saya bahawa beliau akan berbincang dengan Menteri KETTHA, Datuk Maximus dan saya berharap kementerian dan juga kerajaan negeri dapat duduk semula minggu hadapan untuk memuktamadkan,” katanya ketika ditemui pemberita di Parlimen di sini.
Menteri KETTHA, Datuk Seri Maximus Ongkili sebelum ini tidak menolak kemungkinan rundingan perjanjian penstrukturan industri air Selangor akan berakhir di mahkamah sekiranya kedua-duanya pihak tidak mencapai persetujuan.
Azmin ketika mengulas lanjut perkara itu turut menjangkakan perkara itu tetapi yakin masih ada ruang untuk kedua-dua pihak berunding.
“Saya pasti itu adalah jalan terakhir, saya yakin kami boleh duduk dan berbincang.
“Cuma saya beritahu dengan perdana menteri, supaya dia (Maximus) mesti berpegang kepada semangat dan juga understanding dalam perjanjian utama itu.
“Kalau tidak, jika kementerian terus mengubah the gold post, itu akan menjadikan kerajaan negeri susah untuk membuat keputusan,” ujarnya.
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA