INFO MENARIK!!

Bayi Parah Digigit Semut Charlie


Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook berkongsikan gambar seorang bayi lelaki digigit Semut Charlie atau di Malaysia, ia lebih dikenali dengan nama Semut Kayap.

Kesan gigitan berbisa untuk menyebabkan kulit mangsa melepuh dan berair. Betapa berbisanya gigitan semut ini. 

Pelbagai petua dan cara yang boleh diambil untuk merawat kesan gigitan semut ini. Namun, adalah dinasihatkan untuk dapatkan nasihat doktor sebelum mencuba apa-apa produk. Bimbang akan mendatangkan kesan sampingan pula pada mangsa gigitan, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan si comel.


Untuk si comel, ada yang menyarankan agar menggunakan krim kulit yang bebas bahan kimia. Ini kerana bimbang mereka akan tersentuh krim berkenaan dan masuk ke mulut. Jadi, cegah sebelum perkara yang tidak diingini berlaku.

Ramai yang tidak tahu mengenai Semut Kayap ini. Meskipun, ramai yang mengatakan semut ini biasanya ditemui di Utara Semenanjung Malaysia, namun ianya tidak mustahil ditemui di kawasan kediaman tak kira rumah teres ataupun pangsapuri.

Semut Kayap ini, gemar berada di kawasan yang kering yang kebiasaannya di luar rumah. Namun jika hujan, semut ini adakalanya akan masuk ke rumah untuk 'berteduh'. Warna dan saiz semut ini agak berbeza dari semut biasa. Jika terjumpa, pastikan anda tidak terus menyentuhnya. Sebaliknya, gunakan tisu untuk membuang semut berbahaya ini keluar dari rumah anda.

Sumber- TheHypeMedia

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

isu semasa 3995005680052014021

Post a Comment

Tips Menarik

Artikel Panas

item