BIADAP ! Restoran Halau Pelanggan Selepas Mengadu Ada Lipas
https://selamanyaviral.blogspot.com/2015/03/biadap-restoran-halau-pelanggan-selepas.html
Seorang pengguna Facebook mendedahkan sikap pemilik sebuah restoran yang tidak menjaga kebersihan di premisnya sehingga makanan yang dijual juga turut tercemar dengan serangga yang tidak sepatutnya.
Baca pendedahan di bawah:
Pengumuman kepada rakan-rakan. Jangan makan kat RESTORAN BBS Selayang Jaya berhampiran Maybank sebab petang tadi, saya dan rakan pergi makan di sana.
Semasa makan, saya melihat benda yang pelik di nasi yang saya tengok dengan teliti dan didapati benda itu ialah lipas.
Saya terkejut dan tanya pada pemilik (perempuan) kedai itu dan dia menjawab,
"Benda ini (lipas) semua biasa ada di restoran,"
Lagipun pemilik kedai itu tak tahu melayan pelanggan sebab semasa rakan saya menyuruhnya membersihkan premisnya itu, wanita itu marah dan melemparkan kata-kata kesat sambil dalam nada menakut-nakutkan kami yang restorannya itu juga ada lipas, cicak, tikus dan pelbagai lagi spesis serangga.
Keadaan bertambah buruk apabila wanita terbabit menghalau pengadu dan rakan-rakannya kerana terlalu cerewet dan hal kecil seperti itu.
Individu yang tidak ingin didedahkan nama itu menasihati pengguna Facebook agar tidak mengunjungi premis makanan itu untuk mengelakkan diri dari terkena sebarang penyakit yang tidak diingini.
Mohon pihak penguatkuasa Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan menyiasat perkara ini.
Sumber : TheHypeMedia
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA