INFO MENARIK!!

Dahulu Shila Hamzah Diboikot Media Malaysia, Kini Diboikot Media China ?


Sudah lama industri hiburan tidak mendengar perkembangan daripada Shila Amzah dan baru-baru ini, kami terhidu satu berita yang kurang menarik mengenai karier penyanyi ini yang didakwa telah digam oleh pihak televisyen di China.

BACA: Shiela Hamzah Tarik Diri ABPBH2014 Kerana Diboikot

Menurut sumber daripada seorang peminat hiburan di forum Cari, khabar angin mengenai karier Shila didakwa turut berlegar di dalam forum negara tersebut (China).

“Bagi saya, semua orang mempunyai kebebasan untuk berkata-kata. Contohnya ketika insiden MH370 tahun lalu, ramai orang kata Shila tidak diterima di China sedangkan kami dilayan sangat baik. Begitu juga dengan perkara ini. Kami akan bertolak ke China lusa ini (Sabtu) untuk mengadakan persembahan di Beijing TV”

“Kadang-kala orang yang menyebarkan perkara ini, mereka ada agenda tersendiri. Lagipun perkara sebegini bukan perkara baru. Usaha yang lebih terarah kepada perkara negatif ini sudah lama berlaku,” jawab bapa kepada penyanyi ini, ND Lala, dengan tenang ketika dihubungi pihak kami.

Sementara itu, ND Lala juga memberitahu bahawa Shila kini berada di Sarawak untuk membuat persembahan di sana. Pasti peminat Shila di Sarawak dapat mengubat rindu kepada penyanyi ini.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

isu semasa 1673127767865106276

Post a Comment

Tips Menarik

Artikel Panas

item