INFO MENARIK!!

Gambar Sultan Johor Bersama T-ARA Dapat Perhatian Ramai Di Media Sosial


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar memang terkenal dengan personaliti bersahaja beliau dan disenangi rakyat jelata dan hari ini baginda sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas gambar bersama sebuah kumpulan Korea Selatan, T-ARA beredar di laman sosial.

T-ARA hadir ke Johor baru baru ini untuk menjayakan konsert bersempena pertabalan DYMM Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai Sultan Johor yang kelima.

Penghibur lain yang turut serta dalam konsert percuma untuk semua ini adalah SISTAR, Taboo (Black Eyed Peas), Rossa, Sheila Majid, Jacklyn Victor, Shila Amzah dan ramai lagi.

Akaun peminat T-ARA pagi ini kongsikan sekeping gambar menunjukkan ahli kumpulan tersebut bersama Sultan Johor termasuk salah satunya merupakan selfie atau selca yang memang popular di kalangan artis Korea dan penduduk negara itu sendiri.


Gambar yang tersebar itu pantas menjadi bualan ramai di media sosial yang rata rata memuji sifat keterbukaan baginda. Bukan mudah mahu lihat mana mana Sultan bergambar selfie dengan bintang K-pop. Bertuah orang Johor, heh.

Semoga Tuhan lanjutkan usia dan berkati pemerintahan baginda Sultan Ibrahim di Johor.





KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

Hanya Kerana Poster Piala Fa Ini Amir Ditegur Peminat

  MALAM nikan ada Perlawanan Piala FA 2015. Pasukan Kelantan lawan Piala FA, Kelantan lawan Lion 12. Jadi, Amir ada repost gambar seperti di atas. Cayalah Amir! Nampak tak Amir sebenarnya...

Zain Seperti 'Lembu Dicucuk Hidung' Kerana Terlalu Mengikut Cakap Isteri ?

KUALA LUMPUR: Pelakon Zain Saidin menyangkal dawaan sesetengah pihak mengatakan dia seperti lembu dicucuk hidung kerana terlalu mengikut cakap isterinya iaitu pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta. ...

Nazim Othman Dikritik Kerana Pakai Baju Tulisan Jawi Dipunggung

Kami agak ragu-ragu juga bila menerima informasi daripada seseorang yang mengatakan bahawa Nazim Othman memakai baju bertulisan jawi di punggung. Erm… Tapi katanya kes ini kecoh juga di laman I...

Post a Comment

Tips Menarik

Artikel Panas

item