INFO MENARIK!!

Ibadat Umrah Jadi Helah Baru Menyusup Sertai Militan IS

KUALA LUMPUR: Alasan menunaikan ibadat umrah kini dikatakan menjadi kaedah atau modus operandi terbaru yang diigunakan individu yang merancang menyertai kumpulan militan Islamic States(IS).

Maklumat itu diperolehi hasil kerjasama serta perkongsian maklumat dengan negara-negara tertentu termasuk anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), kata Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin ketika mendedahkan modus operandi terbaru ini.

“Ada perkara sudah kita ketahui tentang cara-cara digunakan mereka yang ingin menyertai gerakan militan IS (Islamic States).

“Ada juga dikesan pergi umrah tetapi bila sampai di Madinah mereka ‘hilang’,” katanya kepada pemberita di ibu negara hari ini.

Zainuddin berkata, kementeriannya akan meneruskan kerjasama dengan negara luar bagi mengetahui lebih mendalam cara-cara yang digunakan kumpulan itu, dan seterusnya mengekang penularan gerakan militan IS.

Selain itu, Hamzah berkata kementerian bersedia membantu individu yang terlibat dengan gerakan militan IS untuk berubah dan memperbaiki kesilapan.

“Bila mereka kembali semula ke negara ini, kita akan cuba bantu perbaiki ideologi serta fahaman mereka.

“Kalau tersilap atau tersalah kita bantu perbetulkannya,” katanya.

Justeru itu, kementerian menyeru rakyat negara ini yang berada di Syria supaya mendapatkan bantuan kedutaan Malaysia di negara berdekatan.

Terdahulu, Hamzah menghadiri program Wacana Perdana “Islam Rahmatan Lil’Alamain: Antara Hakikat dan Realiti” oleh Rektor Universiti Pattani Jaya, Thailand Dr Ismail Lutfi.

Kini terdapat 61 rakyat Malaysia dikesan berada di Syria dipercayai menyertai kumpulan militan IS dan daripada jumlah itu seramai 10 orang adalah wanita.

Manakala jumlah terkini mereka yang ditahan polis di negara ini kerana disyaki terlibat dengan IS mencecah 71 orang.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

POLITIK 6996795099356908904

Post a Comment

Tips Menarik

Artikel Panas

item