INFO MENARIK!!

Isteri Berani Mati, Berunding Dengan 12 Penculik Suaminya

Gambar Hiasan

Kuala Lumpur: Demi keselamatan suaminya, seorang wanita berusia 33 tahun sanggup mengambil risiko berunding bersendirian dengan sekumpulan 12 lelaki menculik lelaki terbabit.

Rundingan dilakukan itu berbaloi apabila kumpulan penjenayah terbabit membebaskan suaminya yang berusia lewat 30-an itu selepas menerima bayaran RM5,000 serta barang kemas.

Menurut sumber, insiden ‘penculikan’ itu bermula jam 2.15 petang, 11 Mac lalu apabila sekumpulan 12 lelaki berusia 20 hingga 30 tahun menceroboh pejabat mereka di Jalan Datuk Eusoff, di sini.

“Kumpulan terbabit mendakwa suami wanita itu berhutang dengan mereka. Mereka kemudian membawa suaminya meninggalkan pejabat itu jam 4 petang.

“Mereka (suspek) mendakwa mahu membawa suami wanita itu ke balai polis di kawasan berhampiran untuk menyelesaikan masalah itu,” katanya.

Sumber itu berkata, selepas beberapa jam kemudian, wanita terbabit mula mengesyaki kumpulan itu menculik suaminya.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

isu semasa 4258739287470597555

Post a Comment

Tips Menarik

Artikel Panas

item