Kad ‘Kebal’ Warga Asing Disertai Tandatangan Ketua Polis Negara
https://selamanyaviral.blogspot.com/2015/03/kad-kebal-warga-asing-disertai.html
KAD kebal yang ditunjukkan warga asing berkenaan
KUALA LUMPUR – Kad ‘kebal’ warga asing disertai tandatangan khas ketua polis negara. Itu antara taktik penipuan digunakan sindiket yang cuba melindungi pendatang tanpa izin di negara ini.
Penggunaan kad kebal terbaru itu dibongkar selepas sepasukan anggota Jabatan Imigresen Putrajaya melakukan serbuan di sekitar Segambut Dalam di sini, semalam.
Kad perlindungan itu ditemui daripada beberapa lelaki warga Indonesia yang diperiksa dalam serbuan bermula jam 12 tengah hari semalam.
Difahamkan kad itu sengaja ditunjukkan kepada pihak imigresen bagi mengelak mereka diberkas berikutan tidak mempunyai pasport memasuki negara ini.
Bagaimanapun lelaki warga Indonesia itu terkedu apabila diberitahu kad itu tidak sah malah dia menjadi mangsa penipuan sindiket pengeluaran kad berkenaan.
Lelaki itu adalah salah seorang daripada 55 warga asing membabitkan warga Indonesia, Bangladesh dan India yang ditahan kerana melakukan kesalahan imigresen.
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA