INFO MENARIK!!

Kenaikan Gaji & Elaun Penjawat Awam Tertangguh Sejak 15 Tahun


TEMERLOH - CUEPACS sekali lagi menggesa kerajaan segera mengkaji semula 252 skim gaji dan elaun penjawat awam bagi mengurangkan bebanan mereka dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu pada masa ini.

Preisden CUEPACS, Datuk Azih Muda berkata, isu kenaikan gaji dan elaun kakitangan awam telah tertangguh semenjak 15 tahun yang lalu walaupun kenaikan sepatutnya berlaku lima tahun sekali.

"Cuepacs meminta agar gaji serta elaun sedia ada dinaikkan sehingga 35 peratus dan berdasarkan perbincangan awal sebelum ini kerajaan bersetuju mengkaji skim gaji kakitangan awam dalam tempoh lima tahun sekali.

"Langkah itu bertujuan untuk mengelakkan kakitangan berpendapatan rendah berada di bawah paras kemiskinan," katanya.

Menurutnya lagi, bebanan kerja yang ditanggung oleh kakitangan awam juga semakin meningkat setiap hari dan penangguhan kajian skim gaji akan mendatangkan kesan negatif terhadap kualiti dan produktiviti kerja mereka.

Antaranya, elaun yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan termasuk Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) yang diberi serendah RM180 dan kadar itu sudah tidak munasabah bagi mereka yang berkhidmat di kawasan bandar utama.

CUEPACS amat berharap kerajaan dapat menyelesaikan isu itu dengan segera bagi membantu meningkatkan taraf hidup kakitangan awam khususnya yang berpendapatan rendah.

Sumber : TheHypeMedia

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

POLITIK 7985823158019229160

Post a Comment

Tips Menarik

Artikel Panas

item