Luahan Perasaan Isteri Kedua Ashraf Muslim Yang Menyentuh Hati
https://selamanyaviral.blogspot.com/2015/03/luahan-perasaan-isteri-kedua-ashraf.html
Terkesima kami tatkala membaca luahan hati isteri kedua Ashraf Muslim, Wan Sakinah di laman Instagram miliknya.
Mana taknya, seluruh Malaysia tahu mengenai konflik yang melanda rumahtangga Ashraf apabila dia bertindak berkahwin dengan Wan Sakinah satu ketika dulu.
Namun, hingga hari ini, tak siapa tahu apa perasaan sebenar Wan Sakinah apabila bergelar isteri kedua dan menerima pelbagai kata-kata negatif dari masyarakat.
Kalau nak tahu, luahan ini sebenarnya dibuat demi menjawab pertanyaan pengikut instagram yang kerap bertanya mengenai realiti kehidupan Sakinah.
Apa yang menyentuh hati kami, Sakinah sendiri mengakui bahawa isteri kedua sememangnya tiada tempat dihati wanita lain diluar sana.
Hmm, pada kami, semua wanita berhak bahagia. Betul tak? Begitu juga pesan Sakinah kepada wanita-wanita yang senasib dengannya.
Percayalah dengan apa yang Allah tentukan untuk kita. Hiduplah dengan bahagia. Bersyukurlah. Walau hakikatnya kadang-kadang kite merungut, marah, sedih, tapi tetapkan dalam hati, hidup ini indah!
Pada kami, baik Dayana mahupun Sakinah, kedua-dua wanita ini wajar dipuji. Maklum sajalah, hidup berpoligami tidak semestinya tak bahagia.
Tapi, ada ura-ura mengatakan Sakinah kini hamil anak kedua. Betul ke? Jika benar apa yang disampaikan ini, tahniah kami ucapkan.
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA