Maxis Screen Savour Membolehkan Anda Merasa Makanan Dari Telefon
https://selamanyaviral.blogspot.com/2015/03/maxis-screen-savour-membolehkan-anda.html
Maxis Screen Savour ini merupakan sebuah pelindung skrin yang turut hadir dengan beberapa integrasi teknologi, membolehkan ia menghasilkan rasa untuk sesuatu gambar yang dipaparkan pada skrin. Maxis mempunyai penjelasan saintifik mereka tersendiri untuknya – yang mana seperti biasa boleh dikatakan agak kelakar.
Maxis mengatakan pengguna boleh merakamkan gambar makanan menggunakan telefon pintar mereka, dan seterusnya melalui integrasi sebuah cip khusus, ia boleh menghasilkan rasa makanan tersebut – sekaligus membolehkan anda merasai sesuatu menu sebelum membuat tempahan untuknya.
Maxis turut menyediakan sebuah halaman khusus untuknya dan mempunyai penerangan lanjut mengenai Screen Savour ini. Boleh lihat SINI.
Dengan Maxis yang telah hadir dengan lawak April Fool mereka lebih awal, semestinya kini ramai menantikan apakah yang disediakan oleh syarikat telekomunikasi lain di Malaysia, selain syarikat teknologi global yang lain.
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA
