INFO MENARIK!!

MCA Ugut Putuskan Hubungan Jika UMNO Sokong Hudud


Pemimpin MCA, Gan Peng Sieu mengugut yang MCA akan memutuskan hubungan dengan UMNO jika parti keramat melayu itu menyokong Rang Undang-Undang Hudud yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan PAS Kelantan itu.

"Jika UMNO menyokong rang undang-undang itu diperingkat persekutuan atau Parlimen, maka ia telah melanggar asas fundamental negara, pembinaan bangsa dan kontrak sosial," katanya.

Pengerusi Pasukan Petugas Khas MCA itu berkata, MCA terpaksa bertindak sedemikian jika UMNO mencabuli kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh pemimpin terdahulu.

Dalam masa yang sama, Gan juga menggesa parti-parti komponen yang lain untuk berpisah daripada UMNO.

Tindakan Gan ini tidak lain tidak bukan menjadikan MCA adalah tali barut DAP yang bersatu menentang Hukum Hudud. Jelas sekali parti-parti yang mewakili kaum Cina ini bimbang dan takut dengan 'bayang-bayang' sendiri.

Terdahulu, Menteri Pertanian Industri dan Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob mempertikaikan apakah hak DAP mahu mempersoalkan Hukum Hudud yang mahu dilaksanakan oleh orang Islam sedangkan ianya tiada kaitan dengan orang bukan Islam.

Sumber : TheHypeMedia

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

POLITIK 6891329699440980802

Post a Comment

Tips Menarik

Artikel Panas

item