INFO MENARIK!!

Perlukan Wang Untuk Rawatan, Schumacher Terpaksa Jual Rumah


LONDON – Pelumba legen*da F1, Michael Schumacher dilapor telah membuka tawaran kepada orang awam untuk membeli rumah percutiannya di Pergunungan Trysil, Norway.

Rumah yang dibeli Schumacher sejak dua dekad lalu itu akan dijual dengan harga permulaan sebanyak AS3.3 juta (RM11.9 juta).

Wang yang diperoleh menerusi penjualan rumah itu akan digunakan untuk menampung kos rawatan selepas bekas pemandu F1 pasukan Ferrari itu *me*ngalami kecederaan parah di kepala ketika bermain ski di Gunung Maribel, Banjaran Alps, Perancis pada Di*sember 2013.

Broker hartanah, Petter Birkrem berkata, Schumacher sudah lama bercadang untuk menjual rumah berkenaan sejak sebelum terlibat kemalangan tersebut yang mengakibatkan dia koma selama beberapa bulan di hospital.

Tambah Birkrem, keluarga pelumba legenda itu meminta supaya urusan penjualan rumah yang dibina dengan keluasan 645 meter persegi tersebut dipercepatkan kerana mereka memerlukan wang untuk menampung kos rawatan Schumacher.

Selain ruang rehat, bilik tetamu, gimnasium dan spa, rumah tersebut turut dilengkapi garaj yang mampu memuatkan tujuh buah kereta.

“Schumacher dan keluar*ganya kerap tinggal di rumah itu selama beberapa bulan pada setiap tahun sebelum ini terutama ketika anak-anak pelumba itu masih kecil. Rumah itu adalah satu-satunya tempat untuk Schumacher melarikan diri daripada ke*sibukan kota serta tumpuan awam. Ia ada nilai tersendiri,” kata Birkrem. – Agensi

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

gaya hidup 8149674156796525403

Post a Comment

Tips Menarik

Artikel Panas

item