INFO MENARIK!!

Punca Sebenar Che Ta Bertudung Yang Sangat Menyentuh Hati


Alhamdulillah, kami rasa inilah kenyataan paling sweet yang pernah kami dengar dari Rozita Che Wan. Macam ni barulah ciri-ciri isteri yang sempurna dan disayangi suami.

Sebelum ini ramai beranggapan Che Ta bertudung kerana mahu mempromosikan jenama perniagaan tudung yang diusahakannya bersama Ayu Raudhah. Tapi semua itu salah sama sekali.

Tunaikan Tanggungjawab Pada Suami

Bagi saya bertudung bukan satu trend. Kebetulan saya, Elfira, Hanis dan Zulin ambil keputusan untuk bertudung dalam waktu yang lebih kurang sama, sebab itu nampak seperti trend. Ingin saya tegaskan, saya bertudung kerana menunaikan tanggungjawab sebagai isteri apabila Zain minta saya bertudung.

Suami tidak akan masuk syurga jika tidak membimbing isteri untuk sama-sama masuk syurga. Jadi, apabila memikirkan perkara itu, hati saya terdetik untuk berubah. Saya sayangkan Zain dan mahu masuk syurga bersama-sama, sebab itu saya ikut cakapnya.

Zain Mahu Anak Lagi Tahun Hadapan

Zain merancang untuk tambah anak pada tahun depan. Kalau ikut saya, sudah bersyukur dengan tiga orang anak yang ada sekarang ini. Ikut kata orang tua-tua, setandan pisang bukan semuanya elok. Saya bimbang tidak mampu menjaga dan beri perhatian kepada anak yang ramai. Saya pula sibuk bekerja, bukannya suri rumah tangga yang ada masa seharian menjaga anak. Tambahan pula, usia saya bukannya muda lagi.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

Hiburan 7733499219393379960

Post a Comment

Tips Menarik

Artikel Panas

item