Tujuh Pelancong Maut Dihempap Bongkah Batu
https://selamanyaviral.blogspot.com/2015/03/tujuh-pelancong-maut-dihempap-bongkah.html
BEIJING: Tujuh pelancong maut, pada Khamis, apabila beberapa bongkah batu besar terjatuh dari sebuah gunung di sebuah destinasi pelancong terkenal di China.
China Radio International (CRI) melaporkan, tragedi itu berlaku, ketika sekumpulan pelancong sedang menunggu ketibaan bot di Gunung Diecai, Guilin.
Difahamkan, ada di antara bongkah batu itu sebesar satu meter.
“Empat mati serta-merta di tempat kejadian, manakala empat lagi cedera. Namun, tiga daripada mangsa cedera itu kemudiannya meninggal di hospital,” demikian menurut laporan CRI.
Agensi berita Xinhua pula melaporkan, beberapa mangsa cedera sedang dirawat di sebuah hospital di Guilin, Wilayah Guangxi, selatan China.
Stesen televisyen kerajaan, CCTV dalam Tweetnya menyatakan, seramai 19 mangsa cedera, dengan lapan daripadanya adalah pelancong dari Taiwan.
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA