INFO MENARIK!!

[VIDEO] Makcik Dedah Rahsia Memandu 30 Tahun Tak Guna Signal


Sebuah video iklan Allianz Malaysia, yang memaparkan seorang wanita berusia berbangga 30 tahun memandu di Malaysia tanpa perlu menggunakan signal tersebar di media sosial.

Pengakuan wanita pertengahan umur itu dirakam dalam sebuah program MyAID, terbitan Allianz Malaysia.

Wanita itu yang memiliki kereta Perodua Kenari berwarna pink itu menjelaskan sepanjang 30 tahun memandu di Malaysia, beliau jarang menggunakan signal kerana dia memandu dalam kelajuan yang ditetapkan dan berhemah.


"Saya sudah memandu selama 30 tahun tanpa menggunakan signal, dan saya masih ada di sini," katanya.

"Pemandu di Malaysia sekarang ini tidak bertimbang rasa dan kurang bersabar. Pemanduan orang dulu amat menjaga jarak di antara kenderaan. Signal light? Perlu ke?

"Kalau saya hendak membelok, saya akan memperlahankan kenderaan dan pemandu di belakang akan tahu yang saya mahu membelok. Kalau pemandu di belakang menjaga jarak di antara kenderaan, tiada masalah untuk dia jika saya mahu membelok kereta ke kiri atau kanan. Tidak timbul masalah di sini. 

"Sebagai contoh, katakan saya sedang memandu dan dilanggar oleh kereta dari arah belakang. Adakah anda fikir itu kesalahan saya?

"Pemandu di belakang menuduh saya tidak menggunakan signal sedangkan dia tidak menjaga jarak di antara kenderaan, memandu laju atau memandu sambil bermain smartphone, sama ada saya guna signal atau tidak, dia tetap akan melanggar kereta saya. Betul kan?

"Bagaimana ia boleh menjadi kesilapan saya pula? Sudah tentu mereka yang bersalah. 

"Jadi, apa masalahnya? Lagipun saya memandu kereta berwarna merah jambu. Bukannya berwarna hitam. Mustahil mereka tidak nampak kereta saya. Kalau tak nampak, mungkin mata mereka yang bermasalah," katanya dalam video tersebut.

Program MyAID ini adalah bertujuan mendidik para pengguna jalan raya mengutamakan keselamatan dan cara pemanduan yang berhemah berikutan ramai pengguna jalan raya di Malaysia semakin hari semakin teruk perangainya.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

Lebih 200 Ahli Sihir Ditangkap

Dar es Salaam: Lebih 200 orang ditahan dalam kempen kerajaan memerangi tukang sihir yang terbabit dalam serangan dan pembunuhan masyarakat albino yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini ...

Raja Bomoh Ditawar Berlakon Dalam 3 Buah Filem

Ibrahim (duduk,belakang) melakukan ritual bersama pengikutnya di KLIA tahun lalu. KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang menggelarkan dirinya Raja Bomoh Sedunia menjadi terkenal selepas melakukan ritua...

Gila! Sami Ini Hidup Dengan Makan Daging Manusia

Memakan daging manusia, minum menggunakan tengkorak dan tinggal bersama mayat, menyebabkan satu puak sami ini sangat digeruni penduduk di India. Sami Aghori yang tinggal di bandar suci Varanas...

Post a Comment

Tips Menarik

Artikel Panas

item