[VIDEO] Suami Zalim Bakar Isteri Hidup-Hidup Ketika Bekerja Di Pasaraya
https://selamanyaviral.blogspot.com/2015/03/video-suami-zalim-bakar-isteri-hidup.html
Moscow: Seorang lelaki dihukum penjara 18 tahun dengan kerja berat kerana tindakan kejamnya membunuh isterinya dengan menyimbah petrol dan membakarnya hidup-hidup ketika mangsa bekerja di pasar raya.
Rakaman kamera litar tertutup yang menunjukkan Ana, 25, berlari sambil badannya dijilat api menimbulkan kemarahan rakyat di seluruh Russia, yang menggesa tindakan keras diambil ke atas penjenayah yang melakukan kekejaman terhadap wanita.
Lelaki terbabit, Alexander Efimov, 22, ditahan dalam keadaan mabuk menyalahkan Ana bagi serangan itu kerana enggan menerimanya kembali.
Mahkamah yang mendengar perbicaraan kes itu dberitahu, pasangan berkenaan tidak tinggal sebumbung sejak 2011. Efimov menuduh Ana curang dan menipunya serta merayu mangsa kembali kepadanya.
Suami zalim bakar isteri hidup-hidup hingga mati ketika si isteri bekerja di pasar raya.Untuk info selanjutnya >>> goo.gl/bVWI20
Posted by Berita Malaysia Kini on Saturday, 28 March 2015
Kejadian berlaku Mac tahun lalu apabila Efimov pergi ke pasar raya Magnit, tempat mangsa bekerja dan memintanya meneruskan hubungan mereka.
Dia turut mengugut membunuh Ana sekiranya enggan.
Sebaik Ana memberitahu dia tidak mahu meneruskan hubungan mereka, Efimov menyimbah badan wanita itu dengan petrol dan menyalakan api.
Bahagian atas badan Ana terbakar dan rakaman CCTV jelas menunjukkan dia cuba menyelamatkan diri dengan meluru keluar dari situ.
Seorang lelaki yang kebetulan berada di situ dilihat cuba membantunya.
Ana dibawa ke hospital, namun mati beberapa hari kemudian akibat kecederaannya.
Efimov ditahan sejurus selepas meninggalkan tempat kejadian. - Agensi
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA