INFO MENARIK!!

Akhirnya UMNO Melarang Ahmad Maslan Bercakap Isu GST Lagi

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan sebelum ini banyak dibincangkan di berita dan media sosial kerana kenyataan beliau tentang GST.

Umno memberi amaran kepada Datuk Ahmad Maslan supaya berhenti membuat kenyataan mengenai cukai barang dan perkhidmatan (GST), terutamanya di Rompin dan Permatang Pauh yang sedang menghadapi pilihan raya kecil (PRK), sepanjang tempoh berkempen ini, kerana khuatir akan akibat daripadanya, lapor Astro Awani hari ini.

Memetik sumber parti, portal saluran berita itu berkata, timbalan menteri kewangan itu diminta tidak mengetengahkan isu GST, terutamanya selepas beliau dikritik di media sosial kerana kenyataan yang dibuatnya sebelum ini mengenai cukai tersebut.

“Beberapa pemimpin atasan Umno memberi amaran kepada Ahmad yang terlebih lantang bersuara mengenai isu berkaitan GST ini. Ia boleh menyebabkan kita mendapat majoriti yang lebih kecil di PRK Rompin yang akan mengakibatkan kita tewas pula di PRK Permatang Pauh .

“Niatnya baik tetapi kenyataannya sering dimanipulasi oleh pembangkang sehingga banyak isu yang timbul, yang akan memberi kesan kepada parti,” sumber itu dilaporkan berkata kepada Awani.

Satu sumber lain mengatakan, Ahmad diarahkan tidak bercakap lagi mengenai GST.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

POLITIK 4286632242807029177

Post a Comment

Tips Menarik

Artikel Panas

item