INFO MENARIK!!

Anak Berkeras Mahu Beli Motosikal Berkuasa Tinggi Akhirnya Temui Ajal


Dungun: “Saya tidak setuju apabila arwah beritahu mahu membeli motosikal besar kerana bimbang dengan banyak kemalangan maut membabitkan motosikal sebegitu,” kata Fatimah Seman, 57, yang anaknya maut dalam kemalangan di Kilometer 83.5 Jalan Jerangau-Jabor, dekat Bukit Besi, di sini, kelmarin.

Dalam kemalangan jam 4.30 petang itu, Tun Sufian Abdullah, 25, yang menunggang motosikal Yamaha R6 terbabas sebelum tercampak ke atas jalan.

Mangsa yang mengalami kecederaan dalaman dikejarkan ke Hospital Dungun tetapi disahkan meninggal dunia jam 8 malam.

Fatimah berkata, anaknya yang bertugas sebagai eksekutif jualan dengan TM Point di Kuala Lumpur dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Matang, Hulu Terengganu.

“Tun Sufian ada menghubungi saya memberitahu dia berhenti rehat di Hentian Rehat dan Rawat Bandar Al Muktaffi Billah Shah

“Dua jam selepas itu saya dimaklumkan rakannya dia kemalangan sebelum bergegas dengan suami ke Hospital Dungun,” katanya ketika ditemui di Hospital Dungun, di sini, kelmarin.

Fatimah berkata, kali terakhir dia bertemu mangsa Februari lalu, ketika anaknya pulang sempena perkahwinan kakak sulungnya.

“Ketika itu arwah memeluk saya serta berbisik hendak membeli motosikal besar, namun saya membantah. Selepas rayuannya berkali-kali saya akur sambil menasihatinya supaya berhati-hati.

“Saya bimbang banyak kemalangan maut berlaku membabitkan penunggang motosikal berkuasa tinggi sebab itu tidak izinkan,” katanya.

Menurutnya, arwah anaknya itu membeli motosikal terbabit dengan harga RM60,000 dua minggu lalu, dan kepulangan ke kampung mungkin berhajat hendak menunjukkan kenderaan itu kepadanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

KEMALANGAN 2946587188867341658

Post a Comment

Tips Menarik

Artikel Panas

item