INFO MENARIK!!

Banduan Menyanyi Sebelum Ditembak Mati

GAMBAR Chan (kanan), Sukumaran (tengah) dan Zainal diletakkan di sebuah rumah mayat di Jakarta semalam

Cilacap, Indonesia: Australia bertindak memanggil balik dutanya ke Indonesia selepas lapan pesalah dadah termasuk dua rakyat negara itu dihukum mati awal pagi semalam.

Tujuh pesalah itu termasuk seorang lelaki warga tempatan ditembak mati selepas pukul 12 tengah malam di penjara pulau Nusakambangan walaupun mendapat bantahan antarabangsa.

Bagaimanapun, seorang lagi pesalah warga Filipina, Mary Jane Veloso tidak menjalani hukuman berkenaan selepas ia ditangguhkan sementara.

BEBERAPA petugas mengusung keranda mengandungi mayat Gularte yang tiba di sebuah rumah mayat di Jakarta

Lima lagi pesalah yang dihukum mati termasuklah empat warga Nigeria dan seorang warga Brazil.

Peguam Negara Indonesia, Muhammad Prasetyo mengesahkan semua mereka ditembak serentak pada pukul 12.35 tengah malam (waktu tempatan) semalam oleh pasukan 13 penembak.

“Pasukan perubatan mengesahkan kematian mereka tiga minit kemudian.

“Hukuman berjalan lancar dan tiada peluru yang tersasar,” katanya.

Seorang paderi yang menyaksikan hukuman itu berkata, kesemua pesalah enggan memakai penutup mata dan menyanyi ketika ditembak.

Selepas hukuman itu dijalankan Canberra bertindak memanggil balik dutanya manakala Brazil pula menyatakan kekesalan apabila seorang warganya turut dihukum mati.

“Kami menghormati kedaulatan Indonesia tetapi kami sangat kesal dengan apa yang berlaku dan keadaan kini tidak sama seperti dahulu.

“Selepas semua penghormatan diberikan kepada keluarga Andrew Chan dan Myuran Sukumaran, duta kami akan keluar dari Jakarta,” kata Perdana Menteri Australia, Tony Abbott.

Chan dan Sukumaran adalah kumpulan pengedaran dadah yang dikenali sebagai Bali Nine.

Australia sebelum ini aktif melobi Jakarta supaya tidak menghukum mati dua lelaki berkenaan sejak mereka didapati bersalah oleh mahkamah hampir 10 tahun lalu.

Abbot beberapa kali merayu kepada Jakarta supaya membatalkan hukuman mati yang dianggap beliau sebagai kejam dan tidak perlu.

“Mereka menuntut belas kasihan tetapi tidak belas kasihan di sini.

“Mereka bersyukur dengan semua sokongan yang diberikan dan kami juga sentiasa bersyukur,” kata keluarga Chan dan Sukumaran.

Selepas empat jam hukuman dijalankan, lapan ambulans yang membawa keranda mengandungi mayat semua pesalah dilihat dibawa keluar dari penjara berkenaan.

Sukumaran dan Chan meminta mayat mereka dibawa pulang ke Australia untuk dikebumikan manakala seorang lelaki warga Indonesia, Zainal Abidin akan dikebumikan di bandar ini.

Dua warga Nigeria, Martin Anderson memilih untuk dikebumikan di Bekasi di Jawa Barat dan rakan senegaranya, Raheem Agbaje mahu dikebumikan di Madium, Jawa Barat.

Permintaan dua lagi warga Nigeria, Sylvester Obiekwe Nwolise dan Okwudili Oyatanze serta warga Brazil, Rodrigo Gularte tidak didedahkan. -AFP

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

isu semasa 1444727534289611390

Post a Comment

Tips Menarik

Artikel Panas

item