INFO MENARIK!!

Bayi Meninggal Lepas koma 4 Hari Kerana Dibantai Pengasuh

MUHAMMAD Izzat bersama isterinya Siti Norazila menuntut jenazah anak bongsu mereka di Jabatan Forensik HRPB

Ipoh: Selepas empat hari bertarung nyawa dan koma akibat pendarahan otak, seorang bayi lelaki berusia enam bulan yang dijaga pengasuh, akhirnya menghembuskan nafas terakhir malam kelmarin selepas menjalani pembedahan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, Rabu lalu.

Difahamkan, berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan pihak hospital, bayi itu didapati mengalami kecederaan retak tempurung kepala dan pendarahan pada otak bahagian kiri hingga mengakibatkannya koma serta mengalami kekejangan atau sawan.

Ibu mangsa, Siti Norazila Onn, 32, berkata, anaknya Izz Harith Hafizi Muhammad Izzat Emir, dijaga oleh seorang pengasuh wanita berusia 26 tahun di pangsapuri kediaman anggota di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, dekat sini, sejak kira-kira tiga bulan lalu kerana suaminya, Leftenan Muhammad Izzat Emir Md Rahim, 30, berkhidmat di TLDM Lumut.

Menurutnya, kejadian berlaku pada Rabu lalu kira-kira jam 4.30 petang apabila dia menerima panggilan telefon daripada pengasuh terbabit yang memberitahu anaknya dihantar ke Hospital Lumut kerana mengalami sawan.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

isu semasa 7865372675085953502

Post a Comment

Tips Menarik

Artikel Panas

item