INFO MENARIK!!

Isteri ‘Lelaki Berpengaruh’ Beri Chong Wei Bahan Terlarang, Kata Laporan

Datuk Lee Chong Wei tidak memberitahu nama wanita tersebut, tetapi beliau ada mendedahkan identiti wanita tersebut semasa pendengaran ‘dalam kamera’ bersama 3 orang panel dan peguam. – Gambar Reuters

Dadah anti-radang dexamethasone yang diharamkan ditemui di dalam kapsul Cordyceps yang diambil oleh jaguh badminton Datuk Lee Chong Wei yang diterimanya daripada isteri seorang “lelaki yang sangat berpengaruh di Malaysia”, menurut laporan panel 3 anggota Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Menurut laporan itu, kira-kira pada 2007 atau 2008, wanita yang tidak dinamakan itu mula memberi Lee sedikit cordyceps tulen dari bekalannya sendiri yang dibelinya dalam bentuk mentah, dijadikannya serbuk dan dikapsulkan di sebuah kedai di Kuala Lumpur.

Susulan itu, dia mula menghantar kapsul Cordyceps itu secara tetap kepada Lee sebagai hadiah.

“Atlet itu (Lee) tidak mahu memberitahu nama wanita itu kerana bimbang dia akan menerima akibatnya, sekiranya dia dikaitkan dengan kes dadah,” menurut laporan 13 muka surat yang ditandatangani pengerusi panel Rune B. Hansen.

Laporan itu bagaimanapun berkata, Lee mendedahkan nama wanita tersebut pada satu sesi pendengaran “dalam kamera” bersama hanya 3 orang ahli panel itu, yang turut dihadiri peguam Malaysia.

“Pada pendapat panel, ini mengukuhkan lagi kebolehpercayaan beliau,” kata laporan itu.

Menurut laporan itu, seorang peguam, Song Wei Kar, pada Mac tahun lepas melawat kedai di Kuala Lumpur itu di mana wanita itu menjadikan serbuk dan menkapsulkan Cordyceps mentahnya.

Pemilik kedai itu mengesahkan kepada Song yang dia memproses Cordyceps tulen itu seperti dikatakan.

Bagaimanapun, beliau tidak mahu memberikan kenyataan kerana bimbang ia akan menjejaskan perniagaannya.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

isu semasa 7567211294270989876

Post a Comment

Tips Menarik

Artikel Panas

item