INFO MENARIK!!

"Kita Kasi Undi Tapi Dia Tak Tolong Orang India"

Gambar Hiasan

BUKIT MERTAJAM – “Kita kasi undi tapi dia tak tolong orang India. Tak dak bantuan langsung dari segi kebajikan. Kali ini saya rasa harus bagi peluang kepada orang lain yang menunjukkan keikhlasan dalam membawa perubahan,” kata seorang pengundi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

V.Muniammah, 61, berkata beliau kecewa dan sedih kerana undi yang diberikannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya umum 2013 lalu tidak membawa apa-apa makna walaupun wakil rakyat mereka itu mendapat sokongan masyarakat India.

S.Victoria, 55, pula berkata tidak ada guna jika seorang wakil rakyat petah membahaskan isu nasional namun tidak bijak mengurus kawasannya serta menjaga kebajikan masyarakat setempat.

“Kalau isu setempat pun tidak dapat selesai macam mana mahu isu nasional diselesai. Isu nasional tidak memberi kesan kalau masyarakat setempat susah dengan keadaan setempat,” katanya.

R.Suresh, 25, berharap wakil rakyat mampu membawa pembangunan dan peluang pekerjaan kepada anak muda serta memperbanyakkan aktiviti untuk golongan belia.

“Aktiviti komersial banyak fokus di Seberang Jaya dan jika kita lihat di kawasan perkampungan seperti Kampung Bagan Serai dan Sama Gagah, tidak ada apa-apa kemudahan dan aktiviti untuk belia,” katanya.

Sementara Pengerusi Badan Perhubungan MIC negeri, M.Karuppanan berkata bantuan kebajikan dan tempat ibadat, peluang pekerjaan dan perumahan adalah antara isu setempat yang menyelubungi masyarakat India.

Katanya pemerhatian jentera MIC mendapati masyarakat India bersedia untuk memberi sokongan padu kepada calon Barisan Nasional (BN) Suhaimi Sabudin setelah kecewa wakil rakyat sebelum ini tidak membela nasib mereka.

“Mereka yakin BN mampu ‘deliver’ kerana sebelum ini mereka mendapat kebajikan dan perhatian daripada kerajaan pusat dan mereka telah bosan urusan keluarga yang dibawa bersama dalam berpolitik,” katanya.

Karuppanan berkata walaupun isu cukai barang dan perkhidmatan (CBP) menjadi kebimbangan dalam kalangan masyarakat India, jentera MIC telah digerakkan bagi memberi penjelasan tentang kebaikan sistem percukaian itu.

“Kita memberi penjelasan kepada setiap masyarakat India di setiap ceramah MIC supaya mereka memahami struktur percukaian itu. Kita beritahu mereka GST sememangnya membebankan tetapi ia adalah untuk manfaat jangka panjang,” katanya.

Masyarakat India merangkumi 6.32 peratus atau 4,532 orang daripada 71,890 pengundi berdaftar di Permatang Pauh dengan 3,811 daripadanya bertumpu di Seberang Jaya.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh kali ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Suhaimi, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR), Salleh Isahak (Bebas) dan Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia).

Ia diadakan berikutan penyandangnya Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat setelah Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Anwar melalui anggota keluarganya.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan kes meliwat bekas pembantu peribadinya.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

POLITIK 8326548384961741187

Post a Comment

Tips Menarik

Artikel Panas

item