INFO MENARIK!!

Majlis Persandingan Tertangguh Kerana Pengantin Disaman Polis

PENGANTIN lelaki yang ditahan dalam sekatan di Jalan Kuantan-Segamat, Muadzam Shah, kelmarin

Rompin : Akibat lampu brek ketiga kereta tidak berfungsi, seorang pengantin baru menangguhkan majlis persandingannya beberapa jam apabila ditahan dalam sekatan jalan di Kilometer 100, Jalan Kuantan-Segamat, Muadzam Shah dekat sini, kelmarin.Kejadian berlaku jam 11 pagi ketika lelaki berusia 20 tahun itu dalam perjalanan dari Kuantan menuju Segamat, Johor, untuk majlis persandingannya sebelum ditahan dalam sekatan jalan untuk pemeriksaan.

Pemangku Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, pemeriksaan terhadap Produa Myvi dipandu lelaki itu mendapati lampu brek ketiga tidak berfungsi.

“Polis mengeluarkan saman terhadap lelaki itu kerana mengabaikan keselamatan dengan membiarkan lampu brek ketiga tidak berfungsi kerana boleh menyebabkan pengguna lain keliru.

“Walaupun kesalahan itu nampak remeh, tetapi turut menyumbang kepada kemalangan apabila pengguna lain tidak menyedari kenderaan berkenaan berhenti tiba-tiba,” katanya ketika dihubungi, semalam.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

isu semasa 5381886898194036069

Post a Comment

Tips Menarik

Artikel Panas

item