INFO MENARIK!!

Mayat Keenam Sudah Dituntut Tetapi Identiti Masih Misteri


Aidana Baizieva, salah seorang penumpang dalam helikopter itu, tetapi tidak seperti pihak lain, identitinya masih misteri setakat ini.


Mayatnya telah dikenal pasti hari ini oleh seorang wanita, dipercayai anggota keluarga, yang enggan bercakap kepada media.

Pejabat Kedutaan Kyrgzstan di Kuala Lumpur dilapor telah memaklumkan pegawainya serta adik wanita berkenaan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses pengecaman dan menuntut jenazahnya.

Pihak media yang menunggu di HKL bagaimanapun gagal mendapat sebarang reaksi atau komen daripada mereka.

Aidana dilaporkan masih lagi bujang lapor The Malaysian Insider dan berada hampir setahun di Malaysia.

Identiti wanita itu menjadi misteri kerana dia bukan pembantu pilot yang dilaporkan terkorban malah kehadiran Aidana dalam helikopter menjadi tanda tanya.

Dalam kejadian 4.45 petang pada Sabtu lalu, Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Dato’Azlin Alias antara enam yang terkorban selepas helikopter yang mereka naiki terhempas di Semenyih.

Kumpulan itu sebelumnya hadir ke majlis perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pekan, Pahang.

Punca nahas masih disiasat.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini turut mengulas mengenai identiti Aidana yang menimbulkan tanda tanya.

Liow sekali lagi menegaskan mangsa wanita itu adalah kakitangan syarikat penerbangan berkenaan dan bukan pembantu juruterbang, lapor Bernama.

p/s: Maklumat awal yang berbeza beza tentang identiti Aidana Baizieva pada mulanya dikatakan pembantu juruterbang, wartawan, dan yang terakhir pekerja Chempaka Aviation.



KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

KEMALANGAN 8568608450421128937

Post a Comment

Tips Menarik

Artikel Panas

item