INFO MENARIK!!

Pelajar Islam Dihalau Dari Kelas Hanya Disebabkan Memakai Skirt Labuh


DALAM satu laporan dari media Perancis, seorang remaja Islam perempuan telah dihalau keluar dari kelasnya sebanyak dua kali gara-gara mengenakan skirt labuh.

Dalam undang-undang sekularisme di sana, ia menghalang mana-mana individu dari memakai pakaian yang berciri-cirikan agama yang keterlaluan.

Menurut sumber, pelajar terbabit yang hanya dikenali sebagai Sarah, 15, telah pun membuka tudungnya ketika masuk ke kawasan sekolah kerana ia merupakan salah satu peraturan yang perlu diikuti.

Namun, pihak sekolah tetap menganggap skirt yang dipakainya terlalu ‘provokasi’, dan dikatakan berpotensi untuk menimbulkan protes.

“Gadis tersebut disuruh balik dan menukar ke pakaian yang lebih ‘neutral’,”ujar satu sumber.

Tindakan tersebut telah menyemarakkan kritikan dari masyarakat global dan medium Twitter telah dijadikan platform untuk menyatakan bantahan dengan penggunaan hashtag #JePorteMaJuppeCommeJeVeux yang bermaksud “Saya pakai skirt saya seperti yang saya nak” telah menjadi trending.


KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

Jangan Main Kaset Bacaan Al-Quran Dalam Masjid - Dr MAZA

KANGAR - Umat Islam dinasihatkan agar tidak memainkan kaset bacaan ayat suci al-Quran di dalam masjid atau surau seperti sebelum waktu solat. Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin berkata...

Kelantan Banjir Teruk Kerana PAS Doa Kejatuhan UMNO - Bung Mokhtar

KUALA LUMPUR: Banjir besar yang melanda Kelantan, khususnya Stadium Sultan Muhammad IV berpunca daripada parti pembangkang PAS yang mendoakan kejatuhan Umno dan Barisan Nasional (BN), dakwa Dat...

Blog Tun Mahathir Digantung

PETALING JAYA: Blog milik bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, chedet.cc, telah disekat atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Blog tersebut tidak boleh diakses selepas pukul 4 petan...

Post a Comment

Tips Menarik

Artikel Panas

item