INFO MENARIK!!

Rebut Peluang Berkahwin Dengan Modal RM1000 Sahaja


JOHOR BAHRU - Atas faktor kekangan kewangan, pasangan dari Kota Tinggi dan Batu Pahat ini terpaksa menunda tarikh untuk disatukan yang sepatutnya dilangsungkan pada Februari lalu.

Bagi pasangan, Mohamad Erwan Dahlan, 35, dan Khairani Ishak, 34, mengakui menganjak tarikh majlis perkahwinan yang dijangka diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri, Julai depan.

Akui Khairani, dia dan pasangan tidak menyangka bakal disatukan lebih awal menerusi penyertaan Karnival Walimatulurus Mega anjuran Pusat Khidmat Parlimen Pulai, 15 Mei depan.

“Kami mengikat tali pertunangan 26 Februari tahun lalu, dan ikut perancang akan berkahwin selepas setahun, tetapi ada kesulitan kewangan dan terpaksa tunda tarikh.

“Tidak sangka, umpama bulan jatuh ke riba apabila ada program seperti ini, yang memudahkan dan menjimatkan bebanan kewangan kami berdua,” katanya. Anak pertama dari empat beradik dari Teluk Ramunia, Kota Tinggi ini mengakui program perkahwinan beramai-ramai yang mendapat kerjasama Sinar Harian ini platform terbaik buat pasangan yang ingin berkahwin selain menjimatkan kos.

“Pasangan saya menerima cadangan berkahwin beramai-ramai ini, malah bapa juga menyokong, cuma mak pada mulanya agak keberatan.

“Namun selepas perbincangan, agak lama jugalah, baru emak beri keizinan dan rasa tidak sabar menunggu detik tersebut,” katanya.

Walimatul Urus Mega adalah anjuran bersama Pejabat Parlimen Pulai dan Sinar Harian mengenakan bayaran RM1,000 bagi setiap pasangan, terbuka kepada semua warganegara Malaysia.

Bagi Yang Berminat Boleh Kesini >> Cara Daftar

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Post a Comment

Tips Menarik

Artikel Panas

item