UITM 'Halau' Ibu Datang Hadiri Majlis Konvokesyen Anak Gadisnya
https://selamanyaviral.blogspot.com/2015/04/uitm-halau-ibu-datang-hadiri-majlis.html
Seorang ibu menyatakan kesedihannya apabila tidak dapat memasuki dewan konvokesyen UITM Shah Alam untuk melihat anaknya menerima segulung ijazah di hari bersejarah selepas menamatkan pengajian.
Beliau, Marjorie Abdullah, yang melalui saat sedih dan kecewa ini telah berkongsikan perkara ini di laman Facebook miliknya dengan mendapat perhatian ramai.
Marjorie yang datang dari Sarawak ke Shah Alam terkejut selepas dia tidak dibenarkan oleh pihak universiti memasuki dewan untuk menyaksikan Istiadat Konvokensyen anaknya kerana tidak mematuhi etika pakaian.
Marjorie memberitahu dia tidak tahu etika pakaian seperti tertera dalam kad jemputan kerana berada di Sarawak namun alasan itu tidak diterima pihak universiti berkenaan.
"Saya tidak sepatutnya memakai seluar untuk menghadiri konvokesyen itu, tetapi saya berada di Sarawak dan mereka tidak menerima alasan itu," katanya yang mengakui kesilapannya.
Akibat dari insiden itu, anak gadis dan tunangnya mengambil keputusan untuk tidak menghadiri majlis konvokesyen masing-masing selain dari tidak berpuas hati dengan tindakan UiTM yang langsung tidak mahu bertolak ansur dengan ibunya yang datang dari jauh.
Insiden yang menimpa Marjorie itu mendapat perhatian dari netizen dan rata-ratanya melahirkan rasa simpati terhadap apa yang terjadi pada Marjorie dan anaknya.
Netizen juga turut mempertikaikan tindakan UiTM yang 'tegas tidak bertempat' sehingga menidakkan seorang ibu melihat anaknya mengenggam segulung ijazah.
Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata, kod etika pakaian majlis berkenaan bukanlah peraturan baru. Ia sudah lama diamalkan dan menafikan dakwaan Marjorie yang mengatakan kod etika itu tidak dijelaskan dalam kad jemputan.
"Etika ini perlu diikuti, kerana ia melibatkan disiplin dan sekiranya tidak ditetapkan, pelbagai ragam pakaian akan dikenakan," katanya.
Reaksi yang berlainan pula dari bekas-bekas pelajar UiTM yang menyifatkan tindakan Marjorie itu adalah satu tindakan yang tidak cerdik kerana dia telah memviralkan 'kebodohan' dirinya kepada orang ramai.
"Masuk rumah orang kenalah ikut cara rumah orang. Sama juga dengan kes ini, masuk ke majlis orang, kena ikut kod etika pakaian yang telah ditetapkan oleh UiTM," kata mereka.
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA