INFO MENARIK!!

[VIDEO] Kanak-kanak Maut Jatuh Lima Tingkat Di Kenanga Wholesale City, KL


Budak Meninggal Jatuh 5 Tingkat

Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas terjatuh daripada tingkat dua di kompleks beli belah Kenanga Wholesale City, di sini, kira-kira jam 3 petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mangsa maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

"Siasatan awal mendapati kanak-kanak terbabit di bawa oleh ibu bapanya ke kompleks beli belah itu sebelum jatuh dari tingkat dua hingga ke aras bawah tempat meletak kenderaan," katanya dalam satu kenyataan media sebentar tadi.

Difahamkan kanak-kanak malang berkenaan terlebih dulu bermain di kawasan sekitar eskalator sebelum terjatuh dari ketinggian lima tingkat. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Wahai Ibu-bapa semua, beringat dan sentiasa awasi keselamatan anak-anak anda ketika di eskalator. Tahun lalu kejadian yang sama berkaku di The Gardens. Kali ini ianya berlaku lagi di KWC. Beringatlah.

Kanak-kanak Maut Jatuh Lima Tingkat Di Kenanga Wholesale City, Kuala Lumpur. Berita selanjutnya >>> http://bit.ly/1Fq6lJ5

Posted by Berita Malaysia Kini on Friday, 3 April 2015

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

KEMALANGAN 5453495939786817103

Post a Comment

Tips Menarik

Artikel Panas

item