[VIDEO]: Pesalah Traffic Tawar Rasuah RM15 Kepada Polis, Elak Disaman
https://selamanyaviral.blogspot.com/2015/04/video-pesalah-traffic-tawar-rasuah-rm15.html
Sebuah video yang menunjukkan sepasang suami isteri menghulurkan rasuah kepada seorang pegawai yang dipercayai anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), tersebar di media sosial.
Tidak diketahui punca sebenar pegawai berkenaan menahan pemandu yang memandu kereta jenis Toyota 4WD berkenaan. Namun, apa yang pasti, lelaki itu cuba 'berunding' untuk mengelakkan diri disaman.
Apa yang menariknya dalam video ini, wanita yang merakam video tersebut dipercayai isteri kepada pemandu terbabit yang menyarankan agar suaminya 'membayar' wang tersebut kepada pegawai berkenaan.
"Jangan cakap banyak dengan dia. Perut saya dah lapar ni," kata wanita itu dalam bahasa Mandarin.
Enggan memanjangkan perkara itu, wanita terbabit cuba memujuk pegawai itu melepaskan mereka. Namun pegawai itu enggan berbuat demikian.
"Kita sama-sama kasi sikit, runding sikit. Jangan macam ini la.. saya pun kerja oh.. Saya kasi sikit, kita sama-sama runding, you ada minum, saya pun ada makan maa.
"You sekali saman, saya buat apa? Saya cari duit susah oh," katanya.
"Habis apa macam?" tanya pegawai berkenaan.
"Saya kasi duit berapa puluh ringgit. Kita sama-sama runding," katanya lagi.
"Saya tidak minta sama lu ah," balas pegawai berkenaan.
"Ah, betul-betul," jawab pemandu itu yang mengia-giakan kata-kata pegawai terbabit.
"Okay, kamu mau kasi berapa, kasi berapalah," kata pegawai itu.
Dia yang tawar, dia yang beri, dia yang post. Lepas tu nak salahkan polis. Polis tu pun satu, ambik juga. Tapi ada yang kata tu bukan polis. Entahlah.. pokoknya, jangan terima duit rasuah. Berita Penuh : http://bit.ly/1Ix8DXj
Posted by Berita Malaysia Kini on Friday, 3 April 2015
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA