INFO MENARIK!!

Ahmad Maslan Tidak Kisah Digelar 'Tahi Babi'

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan tampil dengan lebih yakin dalam menghadapi penghinaan dan kejian ke atasnya ekoran pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Dengan selamba, Ahmad hari ini mengaku bahawa beliau kini merupakan “individu yang paling dibenci di Malaysia” ekoran cukai tersebut.

Laporan The Malay Mail Online menyebut, Ahmad berkata beliau bagaimanapun sudah lali dengan cemuhan dan pelbagai gelaran yang dihamburkan di media sosial ke atasnya.

Malah, ada yang sanggup mengejinya dengan gelaran “tahi babi,” kata ketua penerangan Umno itu lagi.

“Antaranya, paling teruk sekali adalah tahi dan orang Islam tidak suka babi. Mereka kata muka saya seperti tahi babi,” katanya.

Katanya, beliau yakin bahawa tindakannya mempertahankan penguatkuasaan cukai tersebut adalah tindakan yang betul bagi pihak kerajaan.

“Saya sudah lali dengan semua tuduhan seperti ini kerana saya tahu apa yang saya buat untuk kerajaan Malaysia adalah yang terbaik.

“Saya Ahmad Maslan, orang yang paling dibenci di Malaysia kerana GST,” katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

POLITIK 3399133660875224709

Post a Comment

Tips Menarik

Artikel Panas

item